[VIDEO] Aiman Hakim Menangis Dapat Kejutan Drpd Zahirah MacWilson “Auto Bergenang Air Mata Bila…”

Perkongsian pasangan selebriti Zahirah MacWilson dengan suaminya Aiman Hakim Ridza mengenai kehidupan bersama anak sulung mereka di laman sosial sentiasa menarik perhatian netizen.

Video kompilasi perjalanan dari awal Zahirah disahkan hamil cahaya mata pertama turut dimuat naik semula di akaun TikTok peminat aktres itu.

Menerusi video tersebut, Zahirah turut berkongsi momen ketika pertama kali dia memberitahu Aiman mengenai dirinya sedang ham1l.

Raut wajah Aiman terus berubah menjadi sebak sehingga tidak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika melihat keputusan ujian keham1lan isterinya.

Rata-rata netizen turut berasa sebak menonton momen tersebut selain ada juga segelintir mereka berharapkan dikurniakan cahaya mata juga.

“Auto bergenang air mata bila tengok video kejutan ham1l macam ini. Moga aku dan suami diberikan peluang bergelar seorang ayah dan ibu.

“Tengok dia pregnant dulu, rasa macam nak pregnant saja lagi. Tapi kena fikir panjangla bab nak ham1l ini. Aku hamil, aku seorang diri, laki aku tak pernah bagi kasih sayang.

“Kalau dengar lagu ini dengan video orang TTC/pregnant journey, auto jadi sebak,” antara komen netizen.

Untuk rekod, Zahirah mendirikan rumah tangga dengan Aiman pada 20 Februari 2020 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

VIDEO :

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://bartasangbad.site/

Be the first to comment

Leave a Reply