Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat warganet.
@mika_and_daddy Jangan pandang rendah dekat diri sendiri ya. Kena percaya. And kena ada cikgu! #mikashare #mikapodcast #mikaquotes #motivationalvideos #fyp #positivevibes #inspiring #fypシ #tiktokguru_malaysia #motivation #tiktokguru
Baru-baru ini, menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Mika dipuji oleh wargamaya dengan kata-katanya yang sentiasa memberi kesedaran untuk tidak mudah berputus asa dengan memandang rendah terhadap diri sendiri.
“Aku tak pandai lah, aku tak reti lah, aku tak boleh lah hmm.
“Belum apa-apa dah sabotaj diri, kalau tak pandai kena lah belajar sebab tu dekat dunia ada cikgu, sebab nak ajar kita lah. Apa guna ada cikgu, kalau tak boleh belajar kan? terima kasih cikgu sebab ajar kami.” ucapnya.
Dalam pada itu, telatah comel Mika berjaya memberi semangat kepada netizen yang sudah berputus asa kerana kepetahan Mika dalam berbicara telah menyentuh hati ramai pihak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja mendengar nasihat Mika dan memuji kecomelan serta kecerdikan anak kecil itu.
“Tersasul sebut dunia pun comel tau, cuteness overload.” tulis warganet.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
SUMBER:xtra
Leave a Reply