Did4kwa Sengaja Jaja Kisah Peribadi, Ungku Ismail Kec3wa Dan Bertekad Tidak Berkongsi Perkemb4ngan Nad Zainal

Pelakon, Ungku Ismail mengakui kecewa apabila sikap prihatinnya terhadap rakan industri, Nad Zainal yang kini sedang dirawat di ICU disalah erti oleh segelintir pihak.

Ungku menerusi dua hantaran di Instagram Story miliknya berkata ada pihak mendakwa dirinya sengaja mahu menjaja cerita peribadi dek sering berkongsi mengenai perkembangan Nad.

“Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan update tentang keadaan Nad Zainal, ada pihak yang cuba rephrase cakap saya seolah saya ini batak dan gelojoh tentang perhubungan dan kerja.

“Seolahnya saya ini mengambil kesemptan dari keadaan ini, untuk promosi diri dan kerja saya sehingga ada kenyataan menyentak perasan, menukil persoalan tentang akal dan kematangan saya.

“Ada perkataan-perkataan yang saya tak ada sebut pun. Yang saya minta push, dengan heading provoke semua berdoa untuk Nad, hanya awalan sahaja.

“Pudar sudah, dijoloknya dengan hal perbiadi yang tidak tepat dan ajakan berdoa itu menjadi minor dan irrelevant,” katanya.

Berdasarkan hantaran IGs yang lain, pelakon Teman Lelaki Upahan ini turut menegaskan akan berhenti berkongsi keadaan terkini Nad.

“Ini pasti bukan masanya untuk menjaja apa-apa cerita tentang hubungan dan kerjaya.

“Saya yakin, ini yang orang nak tahu, bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing-masing.

“Mulai hari ini saya tidak akan memberi apa-apa statement atau update lagi tentang keadaan Naz Zainal dan apa sahaja.

“Sila rujuk pada sumber yang lain. Terima kasih,” tulisnya heserta tanda pagar tiada benci dan mari saling menghormati.

Di kesempatan itu, Ungku menerusi hantaran terkini memohon orang ramai untuk terus mendoakan Nad.

Terdahulu, pelakon dramatis Nad Zainal dikejarkan ke hospital akibat paru-paru berdarah dan sehingga kini keadannya masih perlu diintubasi.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER:xtra

Be the first to comment

Leave a Reply