Ditanya soal kahwin Riena Diana rilek ‘video call’ kekasih tanya, “Bagus artis macam ni”

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon, Riena Diana. Kesan dia membawa watak Lailer dalam drama Kampung People mencetuskan namanya semakin melonjak naik. Mana tidaknya, watak Lailer tidak mudah untuk dibawa malah untuk buat penonton seronok menonton namun Riena Diana berhasil menambat hati penonton.

Lakonan menjadinya dalam Kampung People juga berhasil membuatkan ramai terhibur apatah lagi sejak akhir-akhir ini, Lailer menjadi sorotan ramai. Untuk info, drama bersiri ini sudah masuk ke musim ketiga dan telah menemui penonton sejak 18 November lalu di saluran TV3.

Lailer antara watak popular

Meskipun begitu, nampaknya gelagat Riena Diana yang ditemubual dalam satu rancangan terkenal, Melodi menyebabkan dia menjadi sorotan ramai di platform tersebut. Seperti biasa, pelakon jelita ini juga tidak dapat lari daripada menerima soalan tentang kahwin daripada media.

Riena Diana bagaimanapun membuatkan ramai memberikan pujian terhadapnya apabila dilihat tidak melatah atau sembunyikan perkara tersebut. Lebih menarik tumpuan peminat dan netizen juga, Riena Diana sporting untuk terus bertanya kepada kekasihnya secara live dalam rancangan tersebut apabila dia membuat video call.

@melodiberapi

Wah wahhhh dah bau nasi minyakkk??? Tak sabar nak tahu bila??? #meloditv3 #fyp #fypシ #fifa #rienadiana #jdt #kampungpeople3

♬ original sound – Melodi – Melodi

Terus video call kekasih

Jawapan Riena Diana dengan video call kekasih itu membuatkan pelakon watak Lailer ini menerima pujian ramai dengan sikap sporting dan temubual tersebut menerima ribuan tanda suka.

‘Hahaha i suka jawapan macam ni…’

‘Terus terang kan elok’

Riena

‘Bagus artis macam ni, berterus terang’

Riena

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:  https://syor.com/

Be the first to comment

Leave a Reply