[VIDEO] “Tak nak tukar dengan saya,”- Gurauan Tok Kadi buat Safawi & Syifa Melvin tular ditonton 2 juta kali

Syifa Melvin kini telah sah menjadi isteri kepada pemain bola pasukan Johor Darul Takzim iaitu Safawi Rashid. Pasangan itu telah selamat diijabkabulkan pada jam 8.46 malam tadi dan sah bergelar isteri kepada Safawi Rasid dengan sekali lafaz sahaja.

Majlis pernikahan itu telah diadakan dengan secara tertutup di Hotel Hilton, Petaling Jaya, ianya dihadiri oleh keluarga terdekat dan kenalan terdekat sahaja. Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Khairil Nizam yang berwakil walikan bapanya iaitu Amirul Melvin Abdullah.

Apa yang menarik perhatian pada majlis yang penuh bersejarah itu adalah apabila jurunikah yang telah ditugaskan untuk menikahkan mereka telah bergurau senda apabila selamba bertanyakan kepada Syifa Melvin yang betul ke ingin meneruskan pernikahan mereka dan siap “offer” diri sendiri lagi tu.

Rakaman video mengenainya telah dimuatnaik di laman aplikasi Tik Tok dan sebenarnya ianya adalah untuk mengalih perhatian pengantin lelaki supaya tidak gugup apabila ingin melafazkan akad nikah. Kelihatan wajah Safawi yang turut ketawa apabila jurunikah berseloroh.

Video:

@user2426030870998

JANGAN‼️ #fyp #fypシ #fypシ #fypage #masukberanda #masukberandafyp #masukfyp #berandatiktok #berandafyp #berandatiktok #berandagak #syifawi #syifamelvin #safawirasid29

♬ original sound – SyifaMelvin – SyifaMelvin

Setelah diterjah ke ruangan komen pula, ramai warganet yang tergelak apabila ayat “tak nak tukar dengan saya” itu ditanya oleh jurunikah dan ramai juga yang mengucapkan tahniah kepada pasangan baru berkahwin itu dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga yang dibina.

Komen Netizen:

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : https://www.tiktok.com/@user2426030870998

Be the first to comment

Leave a Reply