Anak Baru Je Kahwin Dgn Pemain Bola Terkenal, Sekali Ibu Syifa Melvin Mula Luah Rasa

Pada malam Isnin, pempengaruh Syifa Melvin dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid selamat disatukan sebagai suami isteri yang sah.

Doa yang baik

Meskipun pasangan ini menghalalkan hubungan namun ada juga segelintir pihak yang kurang senang dengan momen bahagia itu.

Susulan itu, ibu kepada Syifa iaitu Robiah Rahman memohon untuk berhenti mengec4m anak perempuannya. Kata ibu kepada lima orang anak itu, jodoh adalah rahsia Allah.

Minta semua doakan yang baik-baik saja ya. Moga doa yang baik-baik itu berbalik pada yang mendoakan.

Tak mau kecam teruk sangat. Buat tambah d0sa saja. Jodoh pertemuan rahsia Allah.

Istighfar banyak

Dalam pada itu, Robiah menegaskan kepada netizen agar menjadi lebih sensit1f sebelum berkata-kata kerana Syifa masih mempunyai ibu bapa dan keluarga.

Jangan kec4m melampau macam Syifa tak ada mak bapa. Tak ada keluarga untuk rasa s4kit hati.

Sabar banyak-banyak. Istighfar banyak kalau rasa tak puas hati. Ambil wudhu pergi solat agar tenang hati.

Semalam, Syifa ketika dihubungi Kosmo! Online mengharapkan orang ramai tidak terlalu menguar-uarkan tentang majlis pernikahannya dengan Safawi dan hanya mengharapkan doa yang baik-baik.

“Tak payahlah dihebohkan lagi tentang hal ini (perkahwinan dengan Safawi). Saya minta sangat-sangat,” katanya.

Pemilik nama lengkap, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu juga masih dengan pendirian tidak mahu mengiyakan mahupun menidakkan perihal terbabit namun mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.

“Kalau betul dah sampai waktunya nanti, anda semua akan tahu. Saya cuma mohon doa yang baik-baik daripada semua agar perhubungan ini mendapat reda Allah SWT,” katanya lagi.

Sebelum itu, majlis perkahwinan yang dikhabarkan sudah dihidu lebih awal oleh penyokong JDT apabila Safawi dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, baru-baru ini.

Bayangan perkahwinan pasangan itu diperkuatkan lagi dengan penularan kad undangan perkahwinan bertarikh 3 Disember 2022 milik Syifa dan Safawi yang diterima Kosmo! menerusi aplikasi WhatsApp. –

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : https://bartasangbad.site/

Be the first to comment

Leave a Reply