Jarang Kongsi Foto Dengan Suami, Izreen Azminda Akui Ris4u Ramai ‘Meluat’

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda memuat naik sekeping foto dengan suami di akaun Instagramnya.

Menerusi hantaran tersebut, Izreen mengenakan pakaian berwarna coklat dan dilihat mesra berfoto bersama suaminya, Ude.

“Sesekali takpa kot no…,” tulis Izreen.

Izreen menyatakan sebegitu kerana dia dilihat kurang memuat naik foto bersama suaminya itu kerana bimbang ramai orang yang tidak selesa.

Menjengah di ruangan komen, ramai pengikutnya menyatakan tidak salah untuk kerap berfoto begitu kerana mereka adalah pasangan suami isteri.

Namun, Izreen dilihat membalas komen pengikutnya dengan menyatakan bahawa dia tidak boleh dilihat keterlaluan dan perlu bersesuaian dengan umur.

Malah, menerusi foto itu, rata-rata pengikut di Instagramnya menyatakan bahawa wajah mereka seiras seperti kembar dan mendoakan rumah tangganya berkekalan dan bahagia selamanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by I.z.R.e.e.N.a.z.M.i.n.d.A (@izreen.azminda)

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER:Xtra

Be the first to comment

Leave a Reply