Hanya Rakam Video Makan Sushi, Wanita Ini Terima Komen ‘Gat4l’ Dari Segelintir Lelaki

Sudah menjadi satu kebiasaan untuk berkongsikan aktiviti harian di media sosial pada zaman sekarang ini. Namun malang buat wanita ini apabila dia dihujani dengan komen ‘g4tal’ dari kaum lelaki selepas memuat naik videonya sedang menikmati sushi.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Tik Toknya, wanita itu dilihat sedang makan di sebuah restoran makanan Jepun terkenal dalam kalangan penggemar sushi.

Walau bagaimanapun, perkongsian video itu telah menerima beberapa komen tidak sepatutnya dari segelintir kaum lelaki. Kebanyakan komen ‘gatal’ itu menegur tentang mulut wanita itu dan gayanya menikmati sushi tersebut.

Susulan komen jijik yang diterimanya itu, wanita tersebut telah menutup ruangan komen di video itu tidak lama kemudiannya. Namun ada netizen yang sempat ‘screenshot’ komen-komen tersebut dan memuat naiknya di Twitter.

Perkongsian itu turut menerima perhatian ramai di Twitter di mana rata-rata netizen mengutuk tindakan segelintir lelaki yang tidak mempunyai rasa bersalah meninggalkan komen sebegitu. Ada juga kaum lelaki yang meluahkan rasa malu melihat sikap segelintir individu ini.

Netizen turut mempertikaikan tindakan mereka ini yang langsung tidak memikirkan tentang maruah wanita itu. Malah sudah dapat dilihat dengan jelas wanita itu sudah pun berkahwin dengan inai yang masih merah pada jarinya.

Dalam masa yang sama, wanita tersebut memberitahu dia berasa trauma dan ‘insecure’ dengan bahagian mulutnya selepas dihujani komen-komen dari segelintir lelaki ‘gatal’ ini. Netizen turut berharap wanita itu berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja selepas apa yang berlaku padanya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:  https://syor.com/

Be the first to comment

Leave a Reply