
Aksi pemain bola sepak, Akhyar Rashid sering menarik perhatian jutaan peminat bola sepak menyebabkan dia juga antara yang sering menjadi sorotan ramai di media sosial. Tambah pula, Eyka Farhana merupakan pelakon wanita yang tidak sekadar jelita malah seiring dengan bakatnya apabila muncul di kaca televisyen.
Walau bagaimanapun, hubungan kedua-dua individu yang acap kali mendapat perhatian ramai ini sekali lagi menjadi bualan. Meski sebelum ini, mereka sering digosipkan bersama namun tiada kenyataan rasmi sama ada daripada Eyka Farhana mahupun Akhyar Rashid.
Lagi rakaman video bersama tular
Namun begitu, pelakon cantik molek, Eyka Farhana yang dikaitkan bercinta dengan Akhyar Rashid ini sering dilihat bersama. Seperti dalam rakaman terbaharu yang tular ini pula, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid dilihat berjalan bersama menyebabkan mereka sekali lagi mendapat perhatian ramai di media sosial.
Menerusi rakaman pendek ini, kedua-duanya juga dilihat sedar diri mereka dirakam lalu memberikan reaksi namun dalam pada masa yang sama, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid dipuji kelihatan sesuai. Sama cantik, sama padan manakala video dikongsikan ini juga tular menerima pelbagai reaksi warganet.
@videorandom_0 đ„° #pemainbolamalaysia #akhyarrashid #eykafarhana #eykaakhyar #jdtplayer #couplegoals #jdt #fyp #foryoupage #artismalaysia
Selepas rakannya, Safawi Rasid baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh dan pelakon Syifa Melvin, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid juga diusik peminat bahawa mereka pula tidak lama lagi.
âTak lama lagi diorang ni pulak kawenâ

âSesuai la dua duaâ


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: https://syor.com/
Leave a Reply