“Pertama kali weh tengok tak behave…”- Main ‘filter’ masa isteri live, Shukri Yahaya undang dekah ramai

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon bernama, Shukri Yahaya. Beri sahaja apa jenis watak, tentu dapat disampaikan dengan baik kepada penonton sekali gus menyebabkan Shukri Yahaya berjaya menjadi antara pelakon kegemaran ramai yang sering menjadi sorotan di media sosial.

Umum diketahui, isteri kepada Shukri Yahaya juga merupakan antara yang dikenali di media sosial apabila Tya Adnan juga seorang usahawan. Pasangan sama cantik, sama padan ini juga sering dilihat menerusi video live di media sosial dan nampaknya baru-baru ini klip video mereka bersama tular mengundang dekah ramai.

Klip video undang terhibur ramai

Ini kerana, disaat Tya Adnan membuat live untuk menjual tudung jenamanya, Sigadistya sempat pula Shukri Yahaya buat hal disisi isterinya itu. Seperti yang diketahui apabila seseorang membuat video live, mereka boleh menggunakan pelbagai jenis filter dan jika dahulunya daripada yang tidak bermakeup dilihat disolek namun perkembangan filter kini semakin unik.

Jadi Shukri Yahaya nampaknya mengambil kesempatan itu dengan mencuba pelbagai jenis filter yang juga mengundang dirinya terhibur. Gelagat hero Malaya ini bagaimanapun mengundang dekah warganet.

@meelapunya

Dah lah hensem, comel & kelakar pulak tu hahaha! #shukriyahaya #heromalaya #fyp #funnytiktok

♬ Minions Laughs – Minions Laughs

Sempat cuba pelbagai filter

Mana tidaknya, begitu banyak filter digunakan Shukri Yahaya yang menyebabkan isterinya juga terganggu dan tidak dapat menahan ketawa dengan gelagatnya itu. Netizen diruangan komen turut terhibur apabila video tersebut juga ditonton lebih 1.6 juta kali.

‘Hahaha harini aku…’

‘Pertama kali weh tengok…’

‘Tak fokus bini nak berniaga’

Shukri

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://syor.com/

Be the first to comment

Leave a Reply