“Beberapa Langkah Nak Naik Pentas” – Chombi Pengs4n Sebelum Membuat Persembahan Gara-Gara…

Penyanyi remaja, Chombi yang terkenal dengan lagu Sayunk I Love You dikejarkan ke hospital gara-gara p3ngsan sebelum membuat persembahan di Karnival Jom Santai di Aeon Mall Taiping, Perak pada Sabtu lalu.

Memetik laporan mStar, bapa Chombi iaitu komposer Harry Khalifah memberitahu hasil pemeriksaan mendapati bahawa Chombi mengalami masalah tekanan darah rendah.

Menurut Harry, anaknya baru sahaja pulih dari demam dan keadaan di karnival tersebut membuatkan dirinya tidak selesa merupakan antara faktor lain.

“Beberapa langkah nak naik pentas, Chombi tumbang. Sebenarnya dia baru lepas baik demam, di samping datang bulan.

“Ditambah pula kehadiran orang ramai serta pancaran lighting yang panas membuatkan dia rasa tak selesa.

“Sebelum rebah, Chombi ada beritahu pandangannya gelap, tahu-tahu dah pengsan,” ujarnya.

Namun, Harry bersyukur apabila Chombi segera dibantu seorang jururawat yang kebetulan berasa di acara itu sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Menerusi perkongsian di Instagram Chombi, dia memohon maaf pada peminatnya di Taiping kerana tidak dapat membuat persembahan di sana

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @sitimaryam_chombi

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:  http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply