Foto dengan lelaki dibualkan lagi, Qistina Raisah jawab terus- “Abang saya pun jadi jenayah ke”

Pelakon, Qistina Raisah sering sahaja menjadi sorotan ramai di media sosial. Namanya kian mendapat perhatian sejak kebelakangan ini apabila menerima kritikan mengenai penampilannya. Pelakon berusia 14 tahun ini bagaimanapun sekali lagi nampaknya dibualkan ramai.

Perkongsian seorang lelaki bernama Henry Arrayyan atau nama di media sosial miliknya, Henry7h membuatkan Qistina Raisah menjadi perbualan ramai apabila dia membuat trend bersamanya. Memuat naik tahun kelahiran yang mana jejaka itu lahir tahun 1996 manakala Qistina Raisah 2008 menjadi timbul pula kritikan mengenai jarak umur mereka.

Ini kerana ada yang menyangka mereka adalah pasangan menyebabkan Qistina Raisah sekali lagi dibualkan ramai. Namun begitu, salah satu komen membuatkan Qistina Raisah sendiri terpanggil untuk menjawabnya apabila dia berkata, “Aik kak abang saya pun jadi jenayah ke.”

Disebabkan foto-foto berkenaan yang dikongsikan bagi mengikuti trend terkini, lelaki berkenaan menerima pelbagai komen namun peminat Qistina Raisah juga tampil menerangkan mereka adalah adik dan abang.

‘Aik kak abang saya pun jadi jenayah ke’

Qistina Raisah

‘Diorang memang adik beradik’

Qistina Raisah

Difahamkan Qistina Raisah adalah anak bongsu dan merupakan lima beradik yang mana tiga daripadanya adalah lelaki dan dua perempuan. Dalam pada itu, hantaran tersebut juga dengan pantas menerima ribuan tanda suka ramai selepas dikongsikan Henry7h di aplikasi TikTok miliknya.

Ada lima adik beradik

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://syor.com/

Be the first to comment

Leave a Reply