Terjumpa Shuk Sahar di kedai emas buat ramai berteka-teki, rupanya ini yang berlaku

Nama pengacara, Shuk Sahar bukanlah asing lagi bagi ramai. Gerak geri dirinya juga sering menjadi perhatian tidak kira dalam media sosial mahupun di luar. Satu muat naik terbaharu mengenai dirinya bagaimanapun menjadi bualan warganet sejak kelmarin apabila tularnya satu rakaman video dirinya.

Menerusi rakaman tersebut, Shuk Sahar hangat diperkatakan apabila disampingnya ada seorang wanita dimana ada yang mendakwa wanita terbabit adalah Rossa Sera dan dikatakan mungkin mereka akan bersatu kembali. Apatah lagi, Shuk Sahar dijumpai oleh seorang individu di kedai emas.

Berada di kedai emas buat netizen berteka-teki

@raje_ridzuan_khai

Dengan siapa tu @shuksahar ?? #fyp

♬ Dil Hai Tumhara – Nayla septia

Umum diketahui, hubungan Shuk Sahar dan Rossa Sera juga dilihat semakin baik dan biarpun status rumah tangga mereka masih menjadi tanda tanya, gelagat mereka baru-baru ini membuatkan ramai mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

Rakaman video pendek tersebut ternyata turut mengundang netizen berteka-teki mengenai pelawak terkenal itu apabila berada di sebuah kedai emas. Meskipun begitu, ruangan Instagram Shuk Sahar sendiri juga ‘diserbu’ oleh peminat yang sekali gus membuatkan persoalan ramai ini terjawab apabila Shuk Sahar juga memuat naik satu rakaman video selepas itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝐒𝐡𝐮𝐤 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐫 (@shuk_sahar)

Rupanya untuk hadiah

Video berkenaan bagaimanapun sedikit sebanyak menjelaskan sebab Shuk Sahar ke kedai emas yang difahamkan membelikan tiga bentuk cincin emas yang akan diberikan khususnya buat pembeli produk, Saranghae Serum.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://syor.com/

Be the first to comment

Leave a Reply