“Saya Minta Izin Dululah” – Bergurau Nak Lebih Daripada Satu Isteri, Da’i Syed Buat Isteri ‘Merajuk’ Ketika ‘Live’

Sejak mereka disatukan lebih kurang seminggu yang lalu, penceramah bebas Da’i Syed dan isterinya yang juga pengacara, Hana Ismail menjadi bualan netizen di media sosial.

Ramai yang suka melihat kemesraan pasangan ini malah ada yang memuat naik video-video sweet Syed dan Hana di media sosial.

Terbaru, rakaman pengantin baru ini ketika membuat satu sesi siaran langsung di TikTok tular di aplikasi berkenaan gara-gara gurauan antara mereka berdua.

Menerusi live itu, Syed dan Hana berbual bersama pengikut sambil unboxing hadiah pemberian orang ramai sempena perkahwinan mereka baru-baru ini.

Bukan hadiah yang meraih perhatian warganet tetapi kisah cinta mereka yang dikongsi oleh Hana serta ‘pesanan khas’ daripadanya buat suami tersayang.

Hana sempat berpesan kepada Syed agar hanya beristeri satu sahaja namun suaminya berseloroh dan berkata dia akan meminta izin terlebih dahulu sekiranya mahu memiliki ‘wanita’ lain.

Syed kemudian terus memujuk Hana selepas air muka isterinya kelihatan sedikit berubah selepas mendengar kata-kata gurauannya itu.

@anglemira.ak

KISAH CINTA DAISYED #daisyed #hanaalmauzah #sweetcouple #fypシ #foryoupage #explore #mstar #fypシ゚viral

♬ original sound – randomvids!💕 – randomvids!💕

Menerusi ruangan komen, ramai netizen memuji pasangan ini yang menurut mereka comel dan sweet. Sesetengah netizen memuji cara percakapan Hana yang lemah lembut dan ada yang menegur Syed agar menjaga hati isterinya dengan baik.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:  https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply