Anna Jobling Dan Meerqeen Kongsi Kisah Di Awal Perkenalan, “Kami Tak Bercakap…”

Pasangan pelakon Anna Jobling dan Meerqeen antara yang sering menjadi perhatian ramai. Keserasian mereka di kaca TV membuatkan lakonan mereka nampak cukup semulajadi.

Terbaharu Anna Jobling dan Meerqeen mendedahkan saat perkenalan mereka sebelum disatukan di dalam projek drama. Dalam satu podcast Studio Sembang yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, kedua-dua pelakon ini hadir sebagai tetamu jemputan.

Dalam rancangan ini Amelia Henderson adalah pengacaranya dan berbual santai dengan Anna Jobling dan Meerqeen. Kedengaran Amelia bertanyakan bagaimana Anna dan Meerqeen berkenalan.

Dah lama ikut sosial media masing-masing

Menjawab persoalan itu, Anna memberitahu Meerqeen yang memulakan langkah dulu dengan mengikutinya di sosial media. Namun pada waktu itu pasangan ini masih belum bertegur sapa lagi.

@meernasites

jiakhh berawal dari crush to be partner💜💚 #studiosembang #annajobling #meerqeen #meerna #fyp #podcast

♬ original sound – ANNA MEERQEEN – ANNA MEERQEEN

Digandingkan dalam drama

Menurut Anna, Meerqeen sudah pun kenal dengannya sejak dia menyertai Dewi Remaja pada 2018. Namun mereka saling tak bercakap. Kemudian mereka digandingkan dalam drama Ash & Aish dan di situlah Anna dan Meerqeen mula bertemu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

Nampak macam sombong

Apa yang lebih menarik apabila Anna menceritakan yang masa mula-mula dia masuk ke bilik mesyuarat untuk drama berkenaan dia nampak Meerqeen dan nampak macam sombong. Tak sangka Meerqeen pun beranggapan sama.

“Kami tak bercakap tapi hanya berkomunikasi melalui video yang dimuat naik di Stories (Instagram). Kami juga saling rekod masing-masing dan begitulah cara Anna dan Meerqeen berbual”

Meerqeen pula menceritakan di set pengambaran mereka tidak berbual. Malah hanya ‘bercakap’ menerusi Instagram sahaja, itu pun ketika hampir di penghujung pengambaran. Tambah Meerqeen lagi dia menerima drama tersebut disebabkan Anna.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://syor.com/

Be the first to comment

Leave a Reply