“Perkenalan Singkat Tak Apa, Asal Jodoh Panjang..” Penyanyi & Komposer Ejai Aziz Selamat Bernikah, Tamatkan Status Dud4

Selepas setahun menjalani kehidupan solo selaku du.da muda, penyanyi dan komposer Ejai Aziz selamat bergelar suami apabila memilih Nursyahirah Azhar sebagai suri hati hidupnya pada Jumaat.

Berkongsi momen naik pelamin bagi kali kedua, Ejai atau Mohd Azrizal Mohd Aziz, 35, bersyukur kerana urusan perkahwinannya dipermudahkan.

“Tidak semua orang dilimpahkan nikmat untuk bertemu jodoh lebih daripada sekali. Jadi saya anggap kesempatan kali kedua ini mampu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ejai Aziz (@ejai_aziz)

“Kami baru saja kenal pada tahun lepas. Biarlah orang kata tempoh perkenalan kami singkat, asalkan jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat itu lebih diutamakan,” katanya.

 

Mengulas lanjut, majlis raja sehari telah dilangsungkan di berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kluang, Johor, pada semalam.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, dengan sekali lafaz, kami sah diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 Disember 2022 bersamaan hari Jumaat lepas.

“Terima kasih atas doa kalian buat kami dan juga untuk keluarga tercinta. Berbanyak terima kasih atas segala urusan kelancaran majlis buat kami,” beritahunya.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Ejai dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhamad Amie Rayyan, 6, dan Muhamad Anas Hafiy, 5.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply