Norreen Iman Berlakon Ala-Ala Filem Tamil, Netizen Terhibur – “Lelebih Pulak Ko Melantun Ye”

Pempengaruh media sosial, Norreen Iman telah memuat naik sebuah hantaran video di laman Tiktok memaparkan dirinya yang sedang mendalami satu watak di set pengambaran.

Menerusi video tersebut, influencer berusia 28 tahun itu berkongsi babak disebalik tabir yang dilakonkan bersama pelakon terkenal, Roy Azman.

Malah, Norreen dilihat melanggar Roy yang sedang makan sehingga terpusing-pusing beberapa kali dan jatuh ke lantai.

@norreen143_

Kalah filem tamil kalau macam ni 😂

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Bukan itu sahaja,  aksi gelagat lakonan ‘over’ itu turut disamakan dengan filem Tamil dan membuatkan kru-kru di set pengambaran terhibur.

“Kalah filem tamil kalau macam ni” tulis Norreen di ruangan kapsyen.

Malah, perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai sehingga meraih 1.1M tontonan, 62.8K tanda suka, dan 1.0K komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur dengan aksi lakonan ‘over’ Norreen dan menyifatkan dia sesuai diambil sebagai pelakon filem Tamil.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang berseloroh memanggil Norreen dengan nama anak sulungnya, Ellen kerana rambut palsu yang dipakai sama seperti rambut anak perempuannya itu.

Komen :

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply