
Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berkongsi mengenai perkembangan anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kini sudah boleh bertatih walaupun baru mencecah usia sepuluh bulan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @lofa.world di TikTok, Neelofa menceritakan situasi terkini Bilal yang sering memasuki biliknya memandangkan sudah mula bertatih.
“Dah boleh jalan dah dia, empat lima langkah, jatuh. Sekarang ni dah sepuluh bulan hampir dua minggu, dah boleh jalan dah dia, adoi.
“Sekarang suka masuk bilik umi dia, sikit-sikit masuk bilik umi dia,” kata Neelofa di dalam video tersebut.
@lofa.world perkembangan Bilal sekarang🤍 mashaAllah alhamdulillah 🤲🏻 #Neelofa #MashaAllah #fypシ #FYP #MuhammadBilalHaris
@lofa.world suara kalah ummi dia ni😂 #Neelofa #MuhammadBilalHaris #FYP #fypシ #MashaAllah #Babycomel
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja melihat perkembangan terkini anak kepada usahawan itu.
“Lah cepatnya dah boleh berjalan.
“Cepat dia berjalan.
“Alhamdulillah, dah pandai jalan.
“Sepuluh bulan dah jalan, Masya-Allah.
“Cepatnya Bilal dah boleh berjalan, anak saya setahun baru boleh mengesot.
“Cepatnya Muhammad Bilal boleh berjalan, cucu Tok Mommy Muhammad dah setahun tak boleh jalan lagi,” komen netizen.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/
Leave a Reply