Tom ditudvh ‘penyond0l’ punca rumah tangga Fuad Rahman ret4k… “Bekas isteri pun tahu hubungan kami”

SELEPAS mended4hkan status hubungan cinta dengan Fuad Rahman, penyanyi Tom mendapat kec4man netizen sehingga ditvduh sebagai ‘peny0ndol’ punca keret3kan rumah tangga kekasihnya itu.

Menafikan tudvhan tersebut, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, tampil menjelaskan mengenai hubungannya dengan Fuad yang kembali terjalin semula, baru-baru ini.

“Tak tahulah nak cakap apa. Saya kenal dia sebelum sertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9). Baru sekarang ini kami kembali bercinta.

fuad2 - 1

Tom tampil menjelaskan perkara sebenar.

“Hubungan dia dan bekas isteri dah berakhir, cuma ada beberapa urusan belum selesai.

“Bekas isterinya pun tahu hubungan kami dan saya bukan penyond0l,” katanya ketika dihubungi mStar.

Isu mula timbul apabila seorang individu memberi komen di sebuah portal hiburan mend4kwa Fuad masih berstatus suami orang.

Menerusi ruangan komen itu, individu tersebut turut meminta bukti percerai4n Fuad dengan bekas isteri di mahkamah.

Mengetahui hubungan Fuad dan bekas isteri bermasalah, Tom memberitahu dia sudi menerima cinta kekasihnya dan sentiasa memberikan sokongan penuh ketika berdepan waktu sukar ini.

 

Bekas isterinya pun tahu hubungan kami dan saya bukan penynd0ol.

TOM

PENYANYI

“Sejak jumpa di GV9, hubungan dia dengan isteri memang dah bermasalah. Saya kesian melihat dia melalui waktu sukar.

“Saya juga tengok bukti perbualan hubungan mereka dilanda masalah ketika itu.

“Saya terima untuk kembali bercinta kerana ikhlas mahu menjaga dia. Dia perlukan seorang teman,” ujarnya.

Tom juga menyedari hubungan mereka itu akan terus menjadi perhatian ramai dan tidak terlepas daripada kritik4n individu yang kurang senang dengan mereka.

fuad1 - 1

Komen yang tular di media sosial.

Tidak ambil pusing dengan hal tersebut, Tom kini lebih fokus untuk membantu Fuad menaikkan kembali semangat yang telah hilang.

“Orang boleh cakap apa sahaja kerana mereka tak tahu apa. Kami yang melalui hubungan ini.

“Biarlah apa sahaja orang nak cakap. Saya tak ambil peduli,” jelasnya.

Tom dan Fuad sebelum ini sama-sama berkongsi berita gembira cinta mereka kembali bertaut setelah sekian lama berpisah.

Mereka pernah bercinta pada tahun 2005 namun hubungan tersebut terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan polis dan dijatuhkan hukuman penj4ra akibat d4dah.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply