Anak ziarah pus4ra ibu pakai jubah konvo, imbas memori di beranda hospital… “Mulut kata reda, tapi tak mudah hidup tanpa dia”

Rakaman tular memaparkan seorang pemuda yang menziarahi pus4ra ibunya sambil memakai jubah konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ternyata mengundang seb4k netizen.

Menurut Dr Mohd Faradi Mohamed Ghazali, 36, dia seb4k mengenangkan ibunya, Allahyarham Rohani Mohammad yang tidak sempat untuk meraikan hari bahagia itu bersamanya.

“Ibu berhasrat untuk pergi konvokesyen saya, tapi apakan daya dia dijemput Ilahi dua bulan sebelum majlis itu. Jadi, saya pergi ke kvburnya untuk tunjuk kejayaan. Sebab doa dia saya berjaya pada tahap sekarang.

“Ketika saya konvokesyen degree dan master dulu, ibu merupakan tetamu kehormat saya. Tetapi ketika konvokesyen 22 Oktober lalu, tiada kelibatnya di dalam dewan. Ketika masuk dewan pun air mata saya dah bercucuran. Mujur boleh sorok sebab saya pakai pelitup muka.

“Rasa janggal apabila orang yang sentiasa ada dalam perjuangan saya tiba-tiba tiada pada hari saya nak hadiahkan kecemerlangan kepadanya. Saya rancang tak mahu hadiri konvokesyen, tapi saya teruskan juga sebab fikir mengenai ayah dan adik-beradik,” ujarnya.

Senang disapa Faradi, pensyarah sebuah universiti awam di Terengganu itu berkata ibunya merupakan inspirasi terbesar dalam perjuangan meskipun Allahyarham bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi.

“Arw4h belajar sampai tingkatan tiga saja. Tapi dia sentiasa doakan kejayaan saya dunia akh1rat. Ketika saya tamat peperiksaan lisan (Viva) pada tahun lepas, saya terus hubunginya. Saya cuma cakap saya lulus peperiksaan sebab dia tak faham apa itu Viva.

“Walaupun tak faham, ibu tetap jadi inspirasi. Doa ibu membuatkan saya kuat untuk menamatkan pengajian hingga ke peringkat ini,” ujarnya yang sudah tujuh tahun bergelar pensyarah bidang Bahasa Melayu dan Kesusasteraan.

Imbas Faradi yang berasal dari Kuala Terengganu, ibunya j4tuh sakit pada Disember tahun lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 2 Ogos 2022.

Sepanjang lapan bulan ibunya s4kit, Faradi turut menjadikan beranda hospital sebagai tempat untuk dia bekerja, sekali gus meninggalkan memori yang mendalam buatnya.

“Arwah pada asalnya ada diebetes, kemudian berdepan masalah d4rah tinggi dan juga kolestrol. Cuma pada 26 Disember tahun lepas, semasa saya nak pergi ambil ubat, saya perasan ada perubahan pada mulutnya, nampak simptom strok.

“Sepanjang lapan bulan s4kit sebelum dia meningg4l, ibu dimasukkan ke hospital sebanyak lima kali. Selepas balik kerja pukul 5 petang, saya akan ke hospital dan berada di sana sampai pukul 12 malam.

faradi1

Arw4h ibu menjadi inspirasi dalam perjuangan Faradi untuk menamatkan pengajian.

“Selepas cuci n4jis, bagi dia makan dan solat Isyak, saya akan duduk di beranda hospital untuk menulis dan buat nota. Mulanya saya fikir, kenapa diuji begini?

“Tapi saya pegang pada takdir, Allah tak akan uji kalau bukan atas kemampuan sendiri. Ujian orang lain lebih besar. Saya anggap perjalanan hidup ini merupakan aturan Allah yang terbaik,” ujar anak kedua daripada lima beradik itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Faradi lagi, dia kini sedang membiasakan diri dengan ketiadaan ibunya dan menganggap pemergian itu sebagai satu tamp4ran yang hebat.

“Sebelum ini saya sentiasa ulang-alik hospital, saya juga tinggal dengan arw4h. Apabila hilang, ia jadi satu tamparan hebat. Mulut kata reda, tapi tak mudah nak lalui fasa setiap hari tanpa dia.

faradi

Kem4tian ibunya pada Ogos lalu memberi kesan mendalam buat Faradi.

“Pada peringkat awal, saya pergi ke kubur hampir setiap hari. Kebetulan tanah perkuburan terletak betul-betul di belakang rumah saya. Ada waktu terluang, saya akan ke kvbur.

“Bukanlah nak meratap, tapi saya tenang apabila pergi ke kubur walaupun tak boleh berbicara dengan arwah. Cuma kunjungan itu saya harap dapat beri ketenangan pada diri saya,” ujarnya lagi.

Mengulas video tular di pusara ibunya, Faradi berkata dia tidak pernah berniat untuk menjadi perhatian umum, sebaliknya sekadar berkongsi untuk kenangan peribadi.

“Saya sebenarnya tak tahu video ini dah viral. Sebab saya biasanya menjadikan media sosial sebagai platform diari, sebagai kenangan untuk diri sendiri.

“Cuma TikTok saya tidak berada dalam tetapan privasi, bila terbuka, tak sangka video saya jadi perbualan,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply