[VIDEO] Penampilan istimewa Siti baca laporan cuaca dapat pujian ramai

Penampilan istimewa penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi laporan cuaca daripada MET Malaysia dalam Berita Wilayah terbitan RTM, jam 5 petang pada Rabu, mencvri perhatian ramai.

Menerusi slot berdurasi hampir dua minit tersebut, Siti, 43, melaporkan perkembangan terkini keadaan cuaca yang melanda negara yang disediakan agensi terbabit dalam bentuk info grafik.

Siti mengharapkan penampilan dan kolaborasinya bersama Met Malaysia itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

“Alhamdullillah, terima kasih MET Malaysia menjemput saya berkolaborasi dengan menyampaikan ramalan dan keadaan cuaca pada 21 Disember.

“Kolaborasi itu diharap dapat mengalakkan orang ramai mengikuti keadaan cuaca, dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora,” ujar Siti.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

Tidak hanya berkongsi laporam cuaca, penyanyi Anta Permana itu juga turut menitipkan pesanan buat penonton dan orang ramai agar berhati-hati dan mengambil langkah penjagaan yang sewajarnya ketika berdepan bencana dan cuaca tidak menentu.

Menariknya Siti dilihat tampil berkeyakinan dengan gaya penyampaiannya tersendiri.

Meninjau ruangan komen di saluran YouTube Met Malaysia yang turut menyiarkan laporan tersebut, rata-rata peminat dan penonton memuji Siti yang disifatkan turut berbakat sebagai pembaca berita dan penyampai laporan cuaca.

Ibu kepada dua anak itu sekali lagi akan membuat penampilan dalam Berita Perdana, jam 8 malam ini.

Komen netizen:

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply