Ibu pergi masa umur 3 tahun, pemuda ini teringin bergambar dengan arw4h… Tak sangka warga FB edit sampai jadi!

PERMINTAAN lelaki ini untuk mengingati hari kelahiran arw4h ibunya mengundang kesedihan dalam kalangan netizen di media sosial.

Menerusi Facebook Edit Apa Hari Ni (EAHN), Muhammad Najmie meminta jasa baik ahli grup tersebut untuk menyunting foto bersama arw4h ibunya.

Bersama permintaan itu pemuda berkenaan turut berkongsi foto dia dan arw4h ibunya yang difahamkan meninggal dunia kira-kira 23 tahun lalu akibat kans3r payvdara.

Hantaran asal yang tular.

“Tolong edit gambar aku duduk sebelah arw4h ibu, sempena hari lahir dia hari ini. Aku tak ada idea nak buat macam mana.

“Aku nak simpan buat kenangan, sebab aku tak ada gambar kenangan bersama dia, sebab dia pergi masa aku kecil, 3 tahun,” katanya.

Setelah hantarannya mendapat perhatian ramai, Najmie berkata yang dia tidak menyangka ada juga pengguna Facebook dalam kalangan orang bukan Islam turut sama menunaikan permintaannya selain memuji kecantikan arw4h ibunya.

Najmie berterima kasih kepada netizen yang membantunya menyunting gambar.

“Memang di luar jangkaan, aku tahu benda viral ini sekejap sahaja. Tapi, sebab dalam viral ini hikmahnya… ramai yang doakan ibu aku, itu sangatlah mahal tak terkata.

“Tak sangka, walaupun arw4h dah pergi 23 tahun. Hari ini, berpuluh ribu orang doakan arw4h ibu aku, memang sebak g1la sebenarnya.

“Susah kalau dalam hidup kita ini, apabila dah meninggal kita nak orang doakan semasa dalam kvbur. Tapi, ibu aku dapat benda ini,” ujarnya dalam ruangan komen.

Tambah Najmie dia juga kagum kerana hasratnya itu tidak dijadikan bahan jenaka mana-mana pihak.

“Cantik arw4h ibumu adik, semoga kamu kekal menjadi anak yang soleh, sentiasa mendoakan kesejahteraan arw4h ibumu. Semoga arwah ibumu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

“Moga arw4h dirahmati Allah. Terbaik penyunting gambar sekalian.

“Inilah yang boleh dipanggil permintaan bernilai emas. Mudah-mudahan membawa pahala pada yang sunting. Kegembiraan yang dirasai adik ini juga kami sekadar menumpang rasa. Semoga diberikan rahmat dan pengampunan pada insan-insan yang telah tiada,” ujar seorang warganet.

Antara komen netizen memberi respons pada hantaran asal.

Untuk rekod, hantaran asal itu mendapat 22,000 tanda suka dan dikongsikan semula sebanyak 1,400 kali di Facebook.

Selain doa, ramai juga yang berkongsi hasil suntingan mereka demi membantu Najmie mendapatkan gambar bersama ibunya yang telah pergi.

“Kenangan terhadap arw4h ibu memang tak kira bangsa dan agama. Walaupun saya tak pandai baca doa al-fatihah, semoga ibu anda berada di kayangan dengan aman.

“Selalu sangat jumpa posting seorang ibu minta editkan bersama arw4h anaknya, tapi hari ini 1001 dalam satu terjumpa seorang anak minta editkan gambar bersama arw4h ibunya. Semoga ibu awak berada di samping hamba-Nya yang dikasihi, amin.

“Jangan lupa doakan arwah ibu sekali. Moga arwah ibu dijauhkan daripada s3ksa kvbur dan s3ksa api ner4ka serta diberikan ganjaran syurga,” ujar seorang netizen.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:  Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply