“Terima kasih dengan segala cinta…,” – Sweetnya ucapan anniversary perkahwinan Nabila Huda buat suami tercinta

Setiap suami ataupun isteri, pastinya ingin dihargai oleh partner masing-masing. Tidak kira apa jua bentuk penghargaan sekali pun, pasti hati berbunga-bunga menerima sesuatu kejutan daripada insan istimewa terutama sekali pada anniversary perkahwinan.

Menyambut anniversary adalah detik yang cukup membahagiakan bagi suami dan isteri. Tidak kira murah atau mahal nilai sesuatu sambutan, semua itu tetap dihargai sebaik-baiknya selain berharap perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke Jannah.

Sama seperti selebriti Nabila Huda, dimana semalam dia dan suami iaitu Mohd Izwan Bin Johar menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 7 tahun.

Menerusi laman sosial instagram, Nabila menulis nukilan indah buat suami tercinta iaitu Mohd Izwan sambil memuat naik foto mereka untuk tatapan umum.

“Dear husband, Terima kasih dengan segala cinta dan sayang mu yang sepenuh hati pada saya dan @lilkupukupu . Terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan kerenah isteri mu yang dramatic ini. Kesabaran yang ada dalam diri awak tu takkan pernah ada sesiapa akan boleh lawan. Terlalu hebat awak handle seorang wanita bernama Nabila Huda.

“Kerana kesabaran awak, Alhamdulillah 9 tahun kite bersama. 7 tahun kite sebagai suami isteri. Takde apa yang saya mintak dari awak,cukup lah kasih sayang awak yang ikhlas melayan saya dan keisha macam tuan puteri setiap hari. Masak,buat kerja rumah,basuh baju kami, lipat baju kami, kemas rumah,buat kami ketawa setiap hari, manja kan kami.

“Awak sentiasa ada dalam keadaan bersedia whenever we need you..We love you Abi! Please jaga kesihatan awak ok..I’m scared of losing you. I can’t imagine life without you my love. Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat saya..Happy anniversary to us sayangku Mohd Izwan Bin Johar ,” tulis Nabila di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 47.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan suami isteri ini.

Untuk makluman, Nabila dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015 dan pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata bersama.

Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun mereka berc3rai selepas tiga tahun bersama.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Keisha Laila.

Komen netizen:

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : instagram kupu_kupu

Be the first to comment

Leave a Reply