Terharu satu dewan dengar Hafiz Mahamad cakap tentang isteri, “Akan jadi contoh buat semua lelaki”

Pasangan usahawan, Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad bukanlah asing lagi nama mereka bagi ramai. Kedua-duanya menjadi inspirasi buat pengikut yang tidak terlepas mengikuti perkembangan keluarga ini dimedia sosial yang semakin bahagia dengan dua cahaya mata mereka.

Kini Syafiqah Aina mahupun Hafiz Mahamad mempunyai ramai peminat dan pengikut menyebabkan apa sahaja dilakukan mereka tentu menjadi sorotan ramai. Terbaharu, Syafiqah Aina meluahkan rasa terharunya apabila mendengarkan ayat suaminya, “Saya bukan pengasas Ainaa Beauty, saya hanyalah seorang lelaki yang hanya menumpang rezeki isteri saya.”

Hafiz Mahamad buat isteri terharu

Pasangan ini dilihat dalam satu majlis yang mana turut berada dihadapan mereka ramai individu yang nampaknya turut tidak menahan sebak dengan kata-kata Hafiz Mahamad. Personaliti media sosial ini seringkali membuatkan ramai terharu dengan semangatnya tidak hanya pada keluarga malah buat ramai.

Dalam majlis tersebut juga, Hafiz Mahamad mengundang rasa terharu buat isterinya apabila dia merasakan kelemahannya adalah sebenarnya kekuatan. Hafiz Mahamad sebelum ini sering tular apabila tidak pernah gagal membuat kejutan di hari-hari bahagia isterinya sehingga mencetuskan ramai kagum.

@syafiqahainaofficial

Ayat diaaaa 🥲 @Hafiz Mahamad

♬ Tujh Mein Rab Dikhta Hai (From “Rab Ne Bana Di Jodi”) – Salim-Sulaiman & Roop Kumar Rathod & Jaideep Sahni

Menerusi rakaman video tersebut pula, netizen diruangan komen meninggalkan pelbagai reaksi dengan sikap Hafiz Mahamad yang begitu menyayangi isteri dan diberikan pujian ramai.

‘Video abang Hafiz ni semuanya jenis…’

Hafiz Mahamad

‘Suami sweet macam ni memang limited’

‘Kejayaan demi kebahagiaan’

‘Sangat deep kata-kata Hafiz’

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://syor.com/

Be the first to comment

Leave a Reply