
Sudah tiga minggu mendirikan rumah tangga, pendakwah selebriti Da’i Syed tidak lokek berkongsikan momen bahagianya dengan isteri tercinta, Hana Ismail di media sosial.
Sering berkongsikan video bahagianya, memang ramai netizen yang ‘single’ cemburu dan makan hati. Malah, ramai yang suka melihat video dikongsikan pendakwah itu.
Namun, baru-baru ini perkongsian isteri pendakwah tersebut iaitu Hana Ismail menjadi perhatian apabila memuat naik beberapa keping gambarnya serta bersama suaminya.
Namun, gambar memaparkan Hana mengenakan jubah berwarna putih hitam itu menimbulkan rasa kurang senang netizen dengan fesyen tudung pengacara itu.
Malah, ada yang meluahkan rasa kecewa serta mendakwa tudung Hana dikatakan terlalu singkat berbanding dengan penampilannya sebelum ini yang bertudung labuh menutupi dada. Namun, ada yang mengatakan tiada masalah tudung singkat asalkan tidak nampak bentuk tidak sepatutnya
Terdahulu, Hana Ismail mendirikan rumah tangga bersama Dai Syed pada 3 Disember lalu di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
SUMBER:rotikaya
Leave a Reply