Fizi Ali rugi RM1,000 dua beg berisi coklat lesap… Tiba-tiba ada individu DM mengaku terambil di jeti Langkawi 

KEGEMBIRAAN bercuti di Pulau Langkawi bertukar tragedi buat penyampai radio Hot FM, Fizi Ali apabila dua buah beg berisi coklat dan cenderahati untuk saudara mara dan rakan-rakan lesap.

Kata Fizi atau Mohd Hafizudin Almudin, 34, disebabkan kejadian tersebut dia menanggung kerugian lebih RM1,000 dan terpaksa pulang dengan tangan kosong.

“Mungkin nilai tersebut tak tinggi bagi orang lain, tapi bagi kami amat berharga kerana coklat dan barangan cenderahati itu untuk diberikan kepada saudara-mara dan rakan-rakan di sini.

“Memang rasa terkilan apabila mendapati beg tersebut hilang. Jadi kalau orang bertanya apa ole-ole dari Langkawi, saya boleh cakap hilang sahaja,” katanya kepada mStar.

Fizi bercuti dengan anak di Pulau Langkawi.

Fizi baru sahaja pulang dari percutian di Langkawi pada Ahad selepas berada di sana sejak Khamis lalu.

Dia sebelum itu memuat naik satu hantaran di Insta story miliknya memohon mana-mana pihak memulangkan beg tersebut jika tersalah ambil.

Dalam masa sama dengan tegas Fizi memberitahu dia tidak akan menghalalkan jika ia adalah perbuatan mencuri.

“Kepada yang mencuri beg kami dekat feri memang kau untung besar sebab semua barang yang kami beli dekat Langkawi tadi lesap korang curi!

“Tapi ingat satu benda. Aku haramkan semua tu. Harap tak bagi la kat anak-anak ya. Takut anak-anak makan makanan haram,” tulisnya.

Bagaimanapun selepas membuat perkongsian tersebut seorang individu menghubunginya dan mengaku tersalah ambil salah sebuah beg berkenaan dan berjanji akan memulangkannya semula.

Fizi bersyukur apabila ada hamba Allah menghubunginya memberitahu terambil salah satu beg miliknya.

Tambah Fizi, dia mendapat makluman daripada orang ramai bahawa kejadian sebegitu biasa terjadi dalam feri perjalanan pulang dari pulau peranginan itu.

“Apabila saya post di Instagram, ramai yang beri maklum balas tentang kejadian sama. Katanya seperti ada orang yang akan memerhati barang yang kita beli di sana dan kejadian dicuri itu biasa berlaku.

“Mujurlah seorang hamba Allah yang baik hati ini hubungi saya dan beritahu dia terambil satu beg tersebut. Dia tinggal jauh jadi belum tahu macam mana hendak pulangkannya nanti,” jelasnya.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply