“Kalau Berani Selfie Lah Sekali!” Sorok Muka Tak Sudah, Bad Indigo Ditudvh Hanya Berilusi Ada Girlfriend!

Lepas bekas isterinya, Ashira tayang boyfriend, Bad Indigo pun kata dia kini sedang dilamun cinta.

Namun kata Bad kali ini dia nak merahsiakan identiti kekasihnya selepas dua kali gagal dalam rumah tangga.

Namun keputusannya menyebabkan ramai menuduh penyanyi itu hanya berilusi tentang mempunyai teman wanita.

“Kalau beranilah selfielah dengan girlfriend sekali,” antara komen netizen.

Namun Bad kata dia tidak kisah tentang kata-kata warganet yang membuat pelbagai spekulasi mengenai teman wanitanya kerana paling penting keluarga dan kenalan rapat mengetahui perkara sebenar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Badrul Izhan Yeop Abdullah (@bad.indigo_official)

“Saya tak faham kenapa netizen nak kata kekasih saya itu ilusi, saya tahu ramai yang menghina saya… dah tua, sakit, dan cacat… Suruh tak payah bercinta… tak payah susah kan orang. Korang ini kenapa nak kumpul dosa?

“Buat siapa yang kata ilusi itu, ada sebab kenapa saya tak tunjuk muka dia. Saya cuma nak kongsi kepada followers dan kawan-kawan saya.

“Saya cuma kongsi nak kebahagiaan bukan tunjuk muka. Saya dah lama dalam industri ini, lantaklah orang nak cakap apa pun,” katanya kepada mStar.

Katanya lagi dia bukan tidak mahu mendedahkkan wajah wanita tersebut namun bimbang sekiranya ada perkara tidak diingini berlaku sehingga mengganggu hubungan mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Badrul Izhan Yeop Abdullah (@bad.indigo_official)

“Belum masanya lagi, takut nanti macam-macam masalah akan timbul. Mana tahu ada orang dengki atau sakit hati.

“Kita sebenarnya pun nak jaga hati pihak sana supaya tidak tertekan dengan perkara-perkara macam ini.

“Tapi saya akan tunjuk sikit demi sikit. Saya rasa tiada keperluan sangat nak tunjuk wajahnya kepada umum,” katanya lagi.

Buat masa ini Bad belum rancang nak kahwin sebab fokus kepada kesihatan dirinya terlebih dahulu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Badrul Izhan Yeop Abdullah (@bad.indigo_official)

“Umur saya pun dah berapa, tentu saya nak tamatkan zaman solo saya juga. Saya masih mencuba dan tidak tawar hati untuk berkahwin lagi.

“Tapi tahun ini saya nak perbaiki diri saya sendiri, saya nak kuatkan kaki dan berjalan semula, baru saya fikir kahwin.”

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER:cari

Be the first to comment

Leave a Reply