
Tak sampai seminggu mendirikan rumah tangga, pelakon Fatin Afeefa tidak lokek berkongsikan momen bahagianya bersama suami, Aliff Awang di media sosial.
Terbaru, Fatin ada membuat siaran lansung memasak untuk suaminya dan video tersebut ada dimuat naik oleh seorang pengguna.
Menerusi video tersebut, Fatin menyediakan nasi goreng dan ayam masak merah buat suaminya serta meminta untuk mengulas mengenai hidangan tersebut.
Namun, apa yang comelnya apabila Aliff mengatakan masakan dimasak oleh isterinya agak masin, manis dan tidak pedas. Malah, Aliff mengatakan tidak sama berbanding ketika mereka bercinta.
@cik_bungaaaa JUJUR ORANGNYAA …. #fatinafeefa #nasigoreng #fyp #fypシ
“Sedikit masin berbanding waktu baru-baru bercinta dulu. Ayam sambal ni manis. Manis sangat dan tak rasa pedas,” katanya.
Mendengar komen suaminya itu, Fatin berkata dia rasa gementar apatah lagi masak secara live sambil disaksikan oleh pengikutnya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji suami pelakon itu yang jujur memberikan komen serta dalam masa yang sama isteri boleh perbaiki masakan di masa akan datang.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
SUMBER:rotikaya
Leave a Reply