Bella Sibvk Cari Rezeki,Suami Sibuk Dengan Bet1na Lain

PENYANYI, Bella Astillah, 23, yang juga isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, mendedahkan mengenai kecurangan suaminya dengan seorang pelakon wanita.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah menerusi akaun Instagramnya memuat naik paparan skrin perbualan antara dirinya dengan seorang peminat yang dikatakan melihat aksi curang suaminya dan didakwa mabuk di sebuah kelab malam baru-baru ini.

Bella ketika dihubungi berkata, dia sedang berbicara dengan ibu mentuanya mengenai perkara berkenaan.

“Maaf, saya tak dapat jawab panggilan buat masa sekarang sebab sedang berbual dengan Umi (ibu) Aliff,” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella meluahkan isi hatinya yang kecewa apabila peluang kedua diberikan sebelum ini, seolah-olah dipersiakan oleh penyanyi lagu Sayang Sayang itu.

“Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang kepada dia sebab setiap manusia membuat kesilapan dan sebab saya pandang kepada anak.

“Tapi, apa yang saya lalui selama ini, kalian takkan dapat bayangkan,” tulisnya di Instagram.

Menurutnya, dia mengenal pasti kecurangan suaminya itu selepas Aliff selesai menjalani penggambaran telefilem.

“Selepas Aliff habis menjalani penggambaran telefilem baru-baru ini, dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dengan dia dalam telefilem itu.

“Dua hari sebelum habis penggambaran, dia dah mula berkelakuan aneh contohnya menukar kata laluan telefon dan apabila saya paksa buka telefon, dia buka. Tapi, dia padam perbualan WhatsApp dengan pelakon wanita itu,” katanya.

Bella juga menjelaskan bahawa dia sendiri sudah bersemuka dengan suaminya dan pelakon wanita berkenaan berkaitan isu itu.

“Saya nak kepastian, jadi saya hubungi pelakon wanita itu yang menafikan ada hubungan dengan suami malah meminta kebenaran untuk memberi nasihat kepada Aliff,” katanya.

Namun kata Bella, dia bersyukur kerana Allah SWT cepat memberi jawapan kepada kesangsian mengenai keadaan rumah tangganya.

Sebelum ini, Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa berlaku curang dengan seorang pelakon wanita ketika menjalani penggambaran bersama.

VIDEO:

Bella dan Aliff berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki Mohamad Ayden Adrean dan perempuan Ara Adreanna.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply