“Doakan Kami, Nervous Tapi Happy Sangat…” – Shuk Sahar, Rossa Sera Tunai Umrah Bersama

Heboh di media sosial suatu ketika dahulu berhubung kemelut rumah tangga pelakon, Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera dilanda badai, malah sehingga kini status hubungan mereka masih menjadi persoalan ramai.

Terkini, berdasarkan sebuah video tular di TikTok, Rossa Sera dilihat akan menunaikan umrah bersama suaminya, Shuk Sahar.

Meskipun gementar, namun Sera atau nama sebenarnya, Rossalennah Natassiyah Asshaferah berharap agar mereka dapat memperbaiki diri.

“Assalamualaikum semua.. Doakan kami supaya dapat umrah yang mabur, dapat perbaiki diri..

“Nervous, tapi happy sangat. Alhamdulillah,” tulisnya dalam video berkenaan.

@rossa.sera

Doakan kami berdua💜 #fyp #rossasera #shuksahar

♬ Ojo Dibandingke Steve Wuaten Remix 2022 – stevewuaten_

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan bangga melihat perubahan Shuk yang taat kepada isterinya meskipun mereka diuji.

Ramai dalam kalangan netizen yang mendoakan pasangan ini agar terus bahagia di samping anak-anak tercinta serta kesejahteraan mereka.

Sekadar info, Sera terdahulu pernah memfailkan cerai terhadap Shuk atas dakwaan curang pada November tahun lalu.

Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER:xtra

Be the first to comment

Leave a Reply