“Kutvklah, Hin4lah Saya…” – Sedia Terima Segala Tohm4han, Syamsul Yusof Mohon Netizen Berhenti Kec4m Isteri Dan Keluarga

Selepas membuat pendedah4n mengenai perkahwinan keduanya, pengarah Syamsul Yusof sekali lagi tampil membuka mulut untuk mengulas tentang salah faham yang berlaku terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Terdahulu, Syamsul telah mended4hkan sebab dirinya menyekat nombor telefon isterinya, Sarah sehingga tidak dapat meleraikan isu tersebut dengan baik bersama.

Namun, Syamsul juga sempat meluahkan rasa kecewanya apabila urusan rumah tangganya mula menjadi bahan bualan ramai pihak sehingga menimbulkan pelbagai fitn4h.

“Dulu masa kecil, selalu dengar orang cakap jangan campur urusan rumah tangga orang, cerita dalam kain orang. Baru saya faham. Saya taknak dengar cakap orang itu atau orang ini kerana yang tahu masalah rumah tangga saya adalah saya, Puteri Sarah dan Allah.

“Terpulanglah, saya tak cakap saya sempurna. Tidak, pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Sampai bila kita nak bergaduh sebegini. Suami isteri aib-mengaibkan.

“Saya berkahwin untuk mengelakkan z1na. Walaupun saya tahu ini yang saya akan kena, takpa. Yang penting sudah-sudah. Saya nak dengar cakap Allah,” katanya.

Menerusi perkongsian yang berdurasi 11 minit 41 saat itu, Syamsul memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya untuk meleraikan sengketa yang berlaku ini.

Malah, pengarah kontroversi itu juga meminta agar orang ramai tidak menambahkan lagi api terhadap isu yang berlaku ekoran keputusan yang telah dibuat olehnya.

“Doakan yang terbaik, tak tahu bila drama ni nak habis. Saya dah taknak post dan cakap hal rumah tangga ni but saya perlu juga kerana melibatkan masyarakat fitn4h tak habis-habis, kalau tak fitnah pun kata buruklah. Terpulang.

“Kepada yang faham syukur Alhamdulillah. Doakan yang terbaik tak rugi apa pun. Dan takda untung apa pun netizen yang melaga-lagakan, jadi batu api macam seolah-olah biar saya dan isteri bercerai dan macam-macam lagi.

“Jangan jadi batu api saya faham isteri saya sedang emosi. Ini yang saya cuba lakukan sampai bila kita nak bergaduh. Kita cuba nak selesaikan,” jelasnya.

Syamsul juga menyatakan dia bersedia untuk menerima segala tohmahan yang dilemparkan, namun dia meminta agar orang ramai tidak menghina dan mengecam isteri-isteri serta ibu bapanya.

“Walaupun saya dah cakap begini, saya tak mahu, jangan ditohm4h, dimarah ataupun dicakap apa sahaja kepada kedua-dua isteri saya, Puteri Sarah dan Ira Kaza. Jangan kata benda-benda tak elok tentang mereka.

“Kalau nak kutuk sekalipun, nak hina tu saya. Kutuk saya sebab saya yang buat keputusan ini, saya kena berkahwin ikut hukum. Kutuklah saya, hinalah saya. Saya terima. Yang penting saya tahu.

“Ibu bapa saya pun, ada yang cakap tak elok tentang mereka. Jangan, please. Kutvk saya, saya bertanggungjawab pasal semua benda ni. Saya pun ada anak-anak yang saya sayang. Itu sahaja yang saya boleh cakap sekarang ni. Doakan yang terbaik,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply