Kemesraan Shuk Sahar Dan Rossa Sera Ketika Umrah Jadi Perhatian, “Mengaku Salah..Pujuk Bini…”

Pelawak dan pengacara dikenali dengan nama Shuk Sahar ini pernah alami ‘ribut’ dalam rumahtangganya. Dek kerana kekhilafannya sendiri, mahligai perkahwinannya diuji dengan dahsyat sekali.

Bagaimanapun, baru-baru ini Shuk Sahar dan isterinya Rossa Sera kini mengerjakan Umrah bersama memberikan bayangan hubungan mereka yang berantakan sebelum ini kembali pulih.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝐒𝐡𝐮𝐤 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐫 (@shuk_sahar)

Terbaharu Shuk atau nama penuhnya Mohammmad Shukri Mohamed Sahar berkongsian video mesra bersama Rossa Sera menerusi akaun TikTok milik wanita berkenaan. Kemesraan Shuk Sahar dan Rossa Sera tersebut membuatkan ramai teruja menyaksikannya.

Sempat juga Rossa Sera menyuap buah strawberi dan pasangan ini berjalan dengan mesra bersama. Malah Shuk juga sempat mengusik dan memberikan ‘pickup line’ pada isterinya itu. Berikut adalah perkongsian video kemesraan Shuk Sahar dan Rossa Sera ketika menunaikan umrah tersebut:

@rossa.sera

Alhamdulillah, permulaan yang baik buat 2023. Dijemput sebagai tetamu Allah💜 #fyp

♬ เสียงต้นฉบับ – tpxd_8g – tpxd_8g

Alahai bersemut wei! Semoga pasangan ini terus berkekalan dan berbahagia! Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan hubungan Shuk Sahar dan Rossa Sera ini.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian pasangan nampak cukup bahagia dan mesra ini:

“Ni salah satu keistimewaan bila dapat suami yang pandai memujuk. Hati pon akan jadi sejuk”

“Aku cuma nak cakap dia buang ego mengaku salah dan cuba perbaiki n pujuk jugak bini sebab sayang. Yang sorang lagi tu ego tinggi dah salah lagi mau bini yang datang jumpa dia”

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://syor.com/

Be the first to comment

Leave a Reply