Kalau Syamsul Yusof Tak Mahu Cer4i, Ada Beberapa Cara Lain Puteri Sarah & Peguam Akan Lakukan – “Kami Akan Ke…”

Puteri Sarah Liyana nekad memfailkan pencerai4n terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam.

Tegasnya, keputusan dibuat itu muktamad dan dia sudah tidak mahu lagi bersama dengan Syamsul selepas 9 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Dalam pada itu, Syamsul seperti yang dijangka masih mengunci mulut dan tidak memberikan apa-apa respon terhadap tuntutan cer4i tersebut.

Peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader hari ini berkata pelakon itu mempunyai beberapa pilihan lain jika Syamsul enggan melepaskannya.

Pilihan tersebut mengikut peruntukan undang-undang syariah yang boleh digunakan bagi Puteri Sarah untuk menuntut cer4i daripada suaminya.

Jelasnya, jika Syamsul hadir pada tarikh sebutan yang ditetapkan iaitu 7 Mac depan dan bersetuju untuk melafazkan cer4i maka percer4ian boleh berlaku.

Tetapi kalau defendan tidak setuju, kami akan usahakan ke peringkat kedua di mahkamah yang sama di mana kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).”

Pada peringkat itu, wakil kedua-dua pihak akan cuba mencari jalan namun jika gagal, ia seterusnya akan dirujuk kepada hakam keluarga.

Bagaimanapun, jika masih gagal kuasa untuk melafazkan cer4i diberi kepada mahkamah yang mewakili plaintif.

Tambah Akberdin, pihaknya akan menggunakan saluran undang-undang yang diperuntukkan jika Syamsul enggan mencer4ikan Puteri Sarah.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply