Akhirnya Pertama Kali Dilihat Bergambar Sekali Lepas Berita Kahwin, Baru Ramai Percaya Mereka Sudah Berkahwin

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita perkahwinan antara penyanyi, Fyna Jebat dengan bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Tampil menjelaskan, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz binti Jebat akhirnya mengakui dia sudah bergelar isteri kepada jurulatih berusia 61 tahun itu.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 29 tahun itu enggan mendedahkan mengenai butiran perkahwinan mereka dan meminta orang ramai untuk mendoakan kebahagiaannya.

VIDEO

Malah, pasangan itu turut tidak pernah berkongsi foto bersama sejak perkahwinan mereka berlangsung.

Namun baru-baru ini, pelakon veteran Mustapha Kamal telah berkongsi foto memaparkan rakan lamanya iaitu Datuk Zainal bersama isteri baharu, Fyna di laman TikTok.

Menerusi video tersebut, Mustapha dikatakan terserempak dengan pasangan itu ketika sedang makan di sebuah restoran..

Salam, kebetulan baru terjumpa lagenda Zainal Abidin Hassan. Kawan lama. Semoga yang terbaik untuk kamu berdua, tahniah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut apabila pertama kali melihat foto Datuk Zainal dan Fyna bersama selepas berita perkahwinan mereka tular.

“Kwn Mcm Ni Yg Kita Mahu , Anything Random Update. hahahahaha…

“Papaaaa.. Berkawan boleh.. Tp jgn ikut perangai beliau tau

“Papa u just confirmed the rumor with clean picture

“Bila aku perasan dia kwin org muda penampilan bertukar jadi muda atau aku yg tak tahu selama ni dia mmg penampilan dia macam tu

Dalam pada itu, mereka turut mengucapkan tahniah buat pasangan itu dan memuji Datuk Zainal yang dikatakan nampak lebih berseri-seri selepas bernikah.

Terdahulu, timbul spekulasi mengenai adik kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat yang didakwa sudah bernikah dengan seorang bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Tampil menjelaskan mengenai spekulasi tersebut, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz binti Jebat akhirnya mengakui dia sudah bergelar isteri kepada jurulatih berusia 61 tahun itu.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 29 tahun itu enggan mendedahkan mengenai butiran perkahwinan mereka dan meminta orang ramai untuk mendoakan kebahagiaannya.

Ya, saya dah berkahwin. Alhamdulillah. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah memberi komen baik. Harap doakan kami dan keluarga kami.

Dalam pada itu, Fyna memaklumkan suaminya turut memberi sokongan penuh terhadap penyertaannya di dalam program Famili Duo.

Maaf, saya tak boleh cerita banyak sangat. Buat masa sekarang itu sahaja yang boleh saya kongsi. Dia menyokong penuh saya, sebab itu saya menang minggu ini.

Bukan itu sahaja, kakaknya Ayda turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan perkahwinan adiknya. Rasanya tak ada apa yang perlu diceritakan lagi. Saya bangga adik saya dapat dedahkan perkara ini kepada semua orang.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER:BN

Be the first to comment

Leave a Reply