Tular sebuah video anak sulung pelakon Puteri Sarah Liyana, Syaikhul Islam mencium tangan ibunya.
@uqaylakidswear Replying to @NZ HOME Anak itu seperti dapat merasakan betapa beratnya ujian ditanggung ibu tersayang..💔 #puterisarahliyana #puterisarah
Menurut Sarah, dia meminta Syaikhul untuk melakukan ‘high five’ semasa mempromosikan satu produk makanan, namun anaknya itu terus memegang tangan lalu dicium dengan penuh rasa kasih sayang.
“Cepat high five lah,” kata Sarah ringkas.
Sementara itu, rata-rata netizen sebak melihat tindakan Syaikhul yang seperti memahami masalah yang sedang dihadapi oleh ibunya.
Meninjau ke ruangan komen wargamaya memuji Syaikhul yang kelihatan matang dan ada juga warganet mendoakan agar keluarga terbabit diberi kebahagiaan yang berpanjangan.
“Dia faham tapi tak tahu nak meluahkan.
“Anak yang memahami apa yang terjadi, semoga diberi kebahagiaan nanti.
“Sedihnya, Syaikhul faham kesedihan ibunya. Semoga ada sinar kebahagiaan buat Puteri Sarah nanti, Aamiin Ya Rabb,” komen peminat.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/
Leave a Reply