“Akhirnya.. Awak Kini Separuh Menjadi Milik Saya” Anju Selamat Bertunang Dengan Datuk Elzey

Pelakon Zarina Anjoulie selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Datuk Seri Khazrul Elzey sekali gus mengakhiri spekvlasi mereka sudah berkahwin secara r4hsia.

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju juga berkongsi beberapa foto sekitar majlis pertunangannya itu, hari ini.

“Syukur Alhamdulillah untuk hari ini….thank you so much for today. Loving my new family (menyayangi keluarga baru saya),”tulisnya.

Zarina turut berkongsi klip video majlis yang berlangsung itu di Tik Tok.

@zarinaanjoulie_elzey

❤️❤️❤️❤️❤️

♬ Flying (Two AM Music Global) – Oliver Stutz

“Finally, you are half mine. Thank you Allah for everything (Akhirnya, awak kini separuh menjadi milik saya. Terima kasih Allah atas segalanya),”kongsinya.

Zarina kelihatan sangat gembira sambil  menunjukkan cincin yang tersarung di jari manisnya.

Perkongsian Zarina itu turut mendapat perhatian dari pengikutnya dan rakan artis yang turut mengucapkan tahniah serta mendoakan hubungan mereka akan ke jenjang pelamin.

Terdahulu, Zarina dan kekasihnya itu kerap memuat naik video kemesraan mereka di TikTok dan Instagram sejak kebelakangan ini.

Malah, panggilan mama papa antara mereka turut menimbulkan kemusykilan sama ada Zarina dan kekasihnya itu sudah mendirikan rumah tangga secara r4hsia.

Komen Netizen:

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: HM,Tiktok Anju

 

Be the first to comment

Leave a Reply