Tahniah! Bekas Kapten Perak FA Sah Bergelar Suami Annie Mosha

Bekas kapten Perak FA, Nasir Basharudin kini sah bergelar suami kepada seorang artis tempatan, Annie Mosha dalam sebuah majlis yang diadakan semalam.

Nasir yang juga adalah bekas pemain Harimau Malaya berkongsi saat bahagianya bersama isteri tersayang dalam satu hantaran di laman instagramnya.

“Alhamdulillah setelah disahkan oleh diri sendiri, saya sah menjadi suami kepada @annie_mosha.

“Semoga masjid yang kita bina berkekalan hingga ke syurga dan sentiasa di bawah lindungannya,” tulisnya.

Untuk rekod, Nasir adalah individu yang bertanggungjawab memimpin pasukan The Bos Gaurus (TBG) pada 2018 sehingga ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 seterusnya menjulang trofi berkenaan.

Bagaimanapun selepas hampir 10 tahun menyumbang bakti kepada Perak, Nasir mengambil keputusan berhijrah ke Terengganu pada musim 2020 susulan masalah kewangan yang dihadapi Perak FA sehingga mereka dikenakan denda, termasuk pemotongan mata dan sekatan perpindahan.

Musim lalu, pemain berusia 32 tahun itu diikat oleh Petaling Jaya (PJ) City FC, namun gagal untuk memberi sebarang impak selepas dilanda kecederaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Ketika bersama PJ City, Nasir hanya diturunkan dalam enam aksi Liga Super dengan satu bantuan gol ketika berdepan Sabah FC pada Mac 2022 menjadi sumbangannya di hadapan pintu gol lawan.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER:HM

Be the first to comment

Leave a Reply