Fatin Afeefa ‘Berper4ng’ Dengan Adam Shahz Hari Ini

Fatin Afeefa berdepan perbicaraan kali pertama di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia yang difailkan oleh bekas suaminya Adam Shahz.

Di InstaStory,Fatin kelihatan bersemangat ketika dalam berjalanan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sambil ditemani suami baharunya, Aliff Awang.

“Ready for war (sedia untuk berperang),” ujar Fatin.

Dapat dilihat Fatin yang duduk di tempat duduk belakang kereta turut dipuji suaminya kerana kelihatan cantik mengenakan persalinan jubah berwarna hitam lengkap bertudung.

“Cantik tak?” Soal Fatin sambil dijawab ‘cantik’ oleh suaminya.

Adam Shahz memaklumkan perbicaraan kali pertama kes hak penjagaan terhadap anaknya akan berjalan pukul 11.40 pagi ini.

“Pukul 11.40 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam,” ujarnya ringkas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)

Sebelum ini Adam atau nama lengkapnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, memfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas Ivy selepas mendakwa telah lebih dua bulan tidak dapat berjumpa dengan anaknya.

Ujar Adam, dia tiada niat untuk berebut anak, tetapi hanya berharap silaturahim sebagai seorang bapa dengan anak tidak diputuskan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)

“Ini pun baharu perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu, tetapi yang pasti saya akan tetap berjuang. Biar apa pun, saya akur kepada keputusan mahkamah,” ulasnya lagi.

Sebelum ini perkahwinan Adam dan Fatin yang berlangsung pada 21 Disember 2013 hanya mampu bertahan selama empat tahun sebelum mereka bercer4i sekitar Mei 2017.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz)

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Ivy Herra Sophia, manakala sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:  http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply