15 Tahun Menyepi Dalam Industri, Farah AF2 Jelaskan Apa Sebenarnya Terjadi, Begini Keadaan Beliau Sekarang

15 Tahun Menyepi Dalam Industri, Farah AF2 Jelaskan Apa Sebenarnya Terjadi, Begini Keadaan Beliau Sekarang

Sudah pasti ada yang merindui nyanyian Farah AF2 atau nama sebenarnya, Farah Diana Anuar yang lebih 15 tahun sepi dari sebarang naskhah baru dalam karier nyanyian.

Lebih menonjol sebagai hos ketika ini, bintang yang terkenal dengan lagu Antara Dua itu sempat berkongsi soal perkembangan terkininya kepada MH.

Farah menjelaskan, dia kini telah banyak meluangkan masa bersama keluarga selain menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.

“Alhamdulillah dikurniakan dua puteri selepas berumah tangga sejak tahun 2011. So saya sibuk membesarkan anak-anak.

“Soal kerjaya, saya masih lagi menjalani kerja-kerja di studio sebagai pengacara. Terbaru, saya baru habis rakaman 13 episod untuk siaran RTM dan masih lsgi bersama stesen Al-Hijrah mengendalikan program live Assalamualaikum,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Farah juga kini terpilih sebagai hos yang disenarai pendek menerusi Pencarian Hos Program Mingguan Wanita musim terbaru.

“Ya, saya turut terpilih sebagai finalis Top 9 Mingguan Wanita yang bakal diumukan pada 28 Mac depan. Doakan agar semuanya dipermudahkan, ”kata Farah kepada MH.

Disamping itu, penyanyi kelahiran dari Kuala Lumpur itu turut mengakui dia merindui momen menyanyi dan kini sedang berusaha untuk melancarkan single baru.

“Saya ada dapat satu demo daripada Akim. InsyaAllah saya sedang proses ke arah itu untuk keluarkan single baru.

“Saya nak kembali, rindu bila tengok kawan-kawan ada single baru, masuk studio dan sebagainya. Malah, Konsert Reunion AF2 Ogos depan boleh ubat kerinduan menyanyi juga,” terangnya lagi.

Antara info Farah AF,

Farah Diana Anuar (lahir 25 Januari 1985) atau lebih dikenali dengan gelaran Farah AF2 atau Farah Breep Breep, ialah seorang penyanyi dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mencapai populariti dengan menduduki tempat ke-4 dalam musim ke-2 Akademi Fantasia. Sebelum menyertai rancangan realiti TV Akademi Fantasia, beliau telah menyertai rancangan Suara Jati Malaysia pada tahun 2003 dan telah memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.

Farah memiliki tiga orang anak perempuan yang bernama Elsa Johan yang dilahirkan pada 15 Ogos 2012 dan Mya Johan yang dilahirkan pada 13 September 2015 & Ara Johan yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020 hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Johan Johari. Mereka berkahwin pada 15 Julai 2011.

Suami beliau merupakan seorang usahawan di Pulau Pinang merupakan anak seorang guru (Bersara) iaitu Puan Salma Sulaiman. Farah kini menetap di Pulau Pinang bersama keluarga mertua dan berulang-alik ke Kuala Lumpur setiap minggu kerana beliau aktif dalam bidang pengacaraan untuk rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah.

Latar Belakang Keluarga : Farah dilahirkan di Kuala Lumpur dan menetap di Putarajaya sebelum berpindah ke Pulau Pinang setelah mendirikan rumahtangga. Keluarganya berasal dari negeri Kedah (Sungai Petani sebelah Ayah dan Guar Cemphedak di sebelah Ibu. Ayahnya Anuar Ali merupakan bekas Pengawal Keselamatan di Syarikat Media Prima (TV3) dan Ibunya Puan Farizah Abd Majid merupkan kakitangan Perkhidmatan Awam (Bersara). Beliau merupakan anak ketiga dalam 6 orang adik beradik. Beliau menpunyai seorang kakak iaitu Intan Norafniza Anuar, seorang abang Ashman Asyrul Anuar, 2 orang adik perempuan iaitu Najwa Anuar, Aimi Syahirah Anuar dan seorang adik lelaki iaitu Aizuddin Anuar (Dikenali sebagai Deeno).

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply