[VIDEO] Rakan Selebriti Ucap Tahniah, Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Bernikah Pada…?

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang pelbagai pertanyaan dalam kalangan netizen.

Menerusi video pendek tersebut memperlihatkan pasangan yang memakai pakaian serba putih menaiki tangga sambil berpegangan tangan di kawasan yang kelihatan seperti sebuah masjid.

Pada perkongsian yang sama juga, Nad dan Ungku meletakkan kapsyen yang sama iaitu emoji bentuk ‘love’ dan tarikh 23.1.23 (23 Januari 2023).

Malah turut disertakan senarai kredit kepada pereka fesyen Seth & Luna, jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa dan penata gaya Tym Fatimah selain turut mendapatkan khidmat jurugambar serta videographer Imrosependragon, Marewah dan Haikal Shuib.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Ruang komen di perkongsian itu sudah dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan selebriti seperti Ummi Nazeera dan Rozita Che Wan.

Biarpun ada yang keliru kerana beranggapan ia kemungkinan sekadar ‘marketing’ untuk drama namun ramai netizen tetap mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Bagaimanapun usaha Gempak untuk mendapatkan kepastian daripada Ungku dan Nad gagal selepas pasangan itu tidak memberi respon kepada mesej yang ditanya di WhatsApp.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri, di sini, sejak 20 November lalu ak1bat j4ngkitan kuman pada paru-paru.

Sepanjang pelakon drama Cina Buta itu di hospital, Ungku menjadi orang paling rapat yang berkongsi mengenai perkembangan aktres itu.

Malah, Ungku juga melancarkan tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat Nad bagi menampung kos rawatan sejak aktres itu dirawat di ICU.

Komen netizen:

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply