“Kilang Buka Terus Produce” – Baru Buat Majlis Cukur Jambul Anak ‘First’, Fizo Omar Umum Isteri H4mil 5 Bulan

Sedia maklum, pasangan Fizo Omar dan isteri, Fazeera Nazri baru saja membuat majlis cukur jambul anak pertama mereka bernama, Wan Khaleeda.

Terbaharu, Fizo Omar telah mengumumkan bahawa dia serta isteri bakal menimang cahaya mata yang kedua dan difahamkan jarak anak hanyalah 11 bulan.

Pelakon terbabit menyifatkan anak kedua ini adalah rezeki yang tidak disangka-sangka, memandangkan mereka baru saja menimang cahaya mata pertama tidak sampai setahun pun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Beza Khaleeda dan adik dia ini 11 bulan saja, kilang buka terus produce.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar menyampaikan khabar gembira tersebut dengan memuat naik video di Instagramnya memaklumkan Wan Khaleeda bakal bergelar ‘Kak Ngah’, manakala Wan Maryam akan mempunyai dua adik.

Sekadar info, Fizo Omar berkahwin buat kali kedua bersama Fazeera pada Oktober 2021 di sebuah majlis di Hulu Klang, manakala majlis resepsi pula dilakukan secara tertutup di Janda Baik.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply