
ENTAH di mana silapnya, segelintir rakyat Malaysia mempunyai persepsi negatif terhadap negeri Kelantan.
Malah, ramai yang memandang rendah terhadap rakyat di negeri itu sedangkan mereka sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke sana.
Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Anissryy_ mengakui dia turut mempunyai pandangan sama, namun berubah fikiran selepas berhijrah ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
“Dulu saya tak suka Kelantan. Sampailah tiba-tiba, penempatan belajar saya ditetapkan di sana. Tapi apabila kaki dah menjejak lama ke sana, Masya-Allah terus saya jatuh hati.
“Orang luar selalu kata rakyat Kelantan berpuak-puak sampai tak layan orang luar. Tipulah kalau saya cakap saya tak frust, malu nak beritahu yang saya belajar di Kelantan,” tulisnya.
Namun selepas lama menuntut di negeri itu, wanita berkenaan berkata dia jatuh cinta dengan penduduk Kelantan yang sangat ramah.
Ya Allah, obsesnya saya dengan Kelantan sekarang.
ANISSRRYY_
Tambahnya lagi, dia sentiasa rindu untuk kembali ke Kelantan selepas menamatkan pengajian di negeri itu.
“Negeri Kelantan sangat tenang ya. Penduduknya ramah. Loghatnya sedap didengar. Sampai sekarang, saya suka kalau jumpa orang Kelantan di mana-mana, terutamanya makcik yang suka berborak bab kehidupan.
“Jadinya, jangan sesekali memberi pandangan buruk sebelum merasainya sendiri. Kadang-kadang apa yang kita sangka buruk, rupanya yang paling indah.
“Ya Allah, obsesnya saya dengan Kelantan sekarang. Semoga ada rezeki saya ke Kelantan lagi,” tulisnya menerusi hantaran di TikTok yang meraih hampir 50,000 tontonan.
Di ruangan komen, ramai pelayar TikTok turut berkongsi kisah mereka yang pada awalnya tidak menyukai Kelantan, namun akhirnya berjodoh dengan penduduk negeri itu.
“Dulu saya tak suka Kelantan. Tahu-tahu sambung belajar sana. Sekarang dah jadi bini orang Kelantan. Tu la, lain kali jangan benci sangat.
“Saya orang Johor, belajar degree dekat Universiti Malaysia Kelantan. Abah kata jangan cari menantu dia di Kelantan. Tapi rahsia Tuhan dapat orang Kelantan.
“Samalah kita. Dulu memang ada perasaan tidak pada Kelantan. Akhirnya kahwin orang Kelantan.
“Saya orang Kedah. Memang tak berkenan dengan Kelantan, tapi akhirnya suami orang Kelantan,” kongsi beberapa netizen.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber:mstar
Leave a Reply