
Rumah tangga Abang Viva dengan Eva Noza Zakaria didakwa sudah berakhir apabila sukarelawan misi banjir itu mengesahkannya menerusi perkongsian di TikTok.
Sah cerai
Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar berkongsi paparan skrin perbualan mesej antara dia dengan seseorang yang menasihatinya untuk rujuk pejabat agama mengenai masalah rumah tangga.
Bagaimanapun menerusi perbualan itu, Abang Viva memaklumkan dia dah bekas isterinya itu sudah bercerai.
“Dah cerai dah pun. Tak boleh tahan, maruah kita saja yang kena pijak,” kongsinya yang kemudian mengambil langkah untuk memadam.
Luahan hati
“Pesan pada hati, ikhlaskan yang sudah pergi. Memang sakit untuk dinikmati, tapi sesakit mana pun, itulah realiti. Hidup perlu diteruskan. Slow-slow kawan, kita berjuang untuk perasaan ini,” tulisnya.
Bagaimanapun kedua-dua perkongsian tersebut telah pun dipadam selepas beberapa jam dikongsikan.
Maruah keluarga
Menerusi perkongsian terbaharu di TikTok, Abang Viva memberitahu dia hanya ingin mempertahankan maruah keluarganya yang dicaci dan dihina daripada pelbagai pihak yang tidak mengetahui cerita sebenar.
“Maaf untuk apa yang terjadi. Bukan niat mencari salah, bukan juga untuk membuka aib tapi sekadar untuk memberi rasa apa yang saya hadap atas satu kesilapan yang saya buat.
“Sehingga saya dan keluarga teruk dihina, dicaci dari pelbagai pihak tanpa mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.
“Terlalu penat pendam, sabar dan hadap dengan kritikan yang bagai tiada penghujung. Tujuan saya hanyalah satu untuk membersihkan nama keluarga serta mak ayah.. maaf sekali lagi,” kongsinya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber:gempak
Leave a Reply