
BERKONGSI rezeki di bulan mulia ini, penyanyi Shiha Zikir memilih untuk turun ke bazar Ramadan membeli jualan makanan dan bersedekah kepada pengunjung.
Memborong kuih muih yang dijual oleh seorang peniaga, Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 38, kemudian dilihat mengedar makanan tersebut kepada semua pengunjung di lokasi berkenaan.
“Saya nak beli semua kuih. Tolong bungkus untuk saya berikan orang-orang di sini,” katanya ketika bertemu dengan seorang peniaga lelaki di bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Lelaki berkenaan juga kelihatan seakan tidak percaya dengan tindakan Shiha kerana ketika itu dia baru sahaja memulakan jualan.
Selepas memborong semua kuih tersebut, Shiha meminta lelaki berkenaan untuk membahagikan setiap bungkusan dan mengedarkan makanan tersebut.
Malah dia juga turut memberikan hadiah ‘duit raya’ buat peminat yang sudahpun mendengar lagu raya baharu berjudul Tum Tum Raya.
Penyanyi ini juga turut meminta cadangan orang ramai untuk lokasi seterus yang boleh disinggah.
“Selesai niat untuk berkongsi rezeki.
“Komen bazar mana lagi saya nak pergi dan apa yang anda mahu saya belanja,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Shiha turut bermurah hati mahu belanja 10 peminat bertuah membeli-belah di pasaraya Giant.
Kata penyanyi ini, pemenang yang dipilih itu merupakan mereka yang meninggalkan komen menarik di video muzik Tum Tum Raya yang dimuat naik di akaun YouTube miliknya.
Lagu itu kini sedang tular di media sosial dan menerima lebih 200,000 tontonan sejak dilancarkan pada 5 Mac lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber:hm
Leave a Reply