
Pelakon, Syafiq Kyle mendedahkan mengapa dia memilih lagu Sumpah Dan Cinta Matiku nyanyian Nidji sebagai lagu tema perkahwinannya bersama Mimi Lana.
Jelas Syafiq, ketika dia mengerjakan umrah lagu tersebut menjadi penemannya sepanjang 14 hari berada di sana.
Lebih menarik, pelakon drama One Cent Thief 2 itu turut berkongsi dia sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa untuk menyatukan dia dan Mimi sekiranya benar ada jodoh mereka bersama.
“Ada satu hari saya cakap saya nak berdoa dekat makam Rasulullah sebelum saya balik Malaysia dan Allah makbulkan jadi saya berdoa benda yang sama.
“Jadi lagu Sumpah Cinta dan Matiku adalah teman saya dekat sana selain saya berselawat sehingga tiba hari pernikahan kami dan saya tak nampak lagu lain. Sebab saya rasa lirik dan melodi dia sangat relate dengan saya,” katanya.
Pada masa sama, pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak juga turut berkongsi sebab mengapa dia tidak menghebakan berita perkahwinannya ini secara umum.
Jelasnya, pada hari bahagia itu dia hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan juga bakal isteri yang akan dinikahinya.
“Sebenarnya saya lebih nak menyimpan benda ini kepada diri sendiri, saya tak kisah apa orang luar nak cakap. Sebab itu tanggungjawab saya untuk menjadi seorang suami. memang kita perlu hebahkan jika kita nak bernikah tapi persiapan sebagai seorang suami untuk tiga hari semasa majlis saya memang lebih fokuskan kepada keluarga saya dan juga isteri.
“Kalau ada kereta meletup dekat luar sana pun saya tidak akan kisah dan saya akan teruskan majlis itu,” katanya.
Pasangan ini melangsungkan pernikahan secara tertutup pada 14 Februari di Taiping, Perak, tanpa hebahan media, menghormati keputusan keluarga. Hanya ahli keluarga dan kenalan rapat yang menghadiri majlis akad nikah serta resepsi mereka.
Sebelum ini, Mimi dan Syafiq pernah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun. Bagaimanapun, mereka membatalkan majlis pernikahan yang dijadualkan pada 18 Ogos 2023, sebelum akhirnya disatukan tahun ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber:gempak
Leave a Reply