Pemuda order ‘drive-thru’ di gerai tepi jalan, dapat makanan terus pecut kereta – “Sikit di mata orang, bagi kami bernilai”

“KALI pertama kena scam dengan pelanggan, Allah bagi ujian untuk hamba-Nya.”

Demikian kapsyen seorang peniaga makanan menerusi video tular yang dimuat naik menerusi TikTok pada Ahad.

Menurut pemilik TikTok Bylis44 itu, pelanggannya melarikan diri dengan kereta sejurus menerima makanan yang dipesan.

Speechless sebab benda ni terjadi tiba-tiba tapi (kami) percaya rezeki.

“Pelanggan datang order dalam kereta, apabila makanan dah siap bagi, lepas tu dia tambah order

“Siap suruh buat resit. Masa kami tengah siapkan order tu, dia blah macam tu,” tulis peniaga itu.

Sikit di mata orang tapi untuk kami yang berniaga, bernilai juga.

PEMILIK TIKTOK BYLIS44

Menurut peniaga itu lagi, pelanggan tersebut menaiki kereta Perodua Myvi berwarna ungu.

Menjawab pertanyaan netizen, peniaga masakan panas itu berkata dia mengalami kerugian sebanyak RM85.

“Kami baru berniaga kat situ. RM85 total semua tapi tak apalah, Allah bagi rezeki lain.

“Sikit di mata orang tapi untuk kami yang berniaga, bernilai juga. Doakan ya agar kami dimurahkan rezeki,” tulisnya lagi.

Gerai peniaga itu terletak di berdekatan jalan ke Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

Di ruangan komen, ramai netizen mendoakan pasangan peniaga itu agar terus tabah untuk mencari rezeki sepanjang Ramadan.

Malah, beberapa individu turut memberi cadangan agar peniaga tersebut mengubah sistem bayaran untuk mengelakkan mereka ditipu pada masa akan datang.

“Pendapat saya, sis kena buat sistem bayar terus baru buat order dia. Elakkan kena macam ni lagi.

“Lain kali minta duit deposit dulu, sekarang manusia macam-macam.

“Insya-Allah rezeki akan terus melimpah ruah. Allah uji untuk naikkan darjat hamba-Nya,” tulis netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:mstar 

Be the first to comment

Leave a Reply