
MENJELANG Aidilfitri, pastinya ada pasangan suami isteri yang berdepan dilema untuk menentukan lokasi menyambut 1 Syawal.
Namun, bagi wanita ini, dia meluahkan rasa bersalah kerana setiap tahun memilih untuk pulang beraya di kampungnya sendiri.
Dalam hantaran dibuat di media sosial, wanita itu merasakan keputusan yang dibuat selama ini bersifat mementingkan diri sendiri semata-mata.

Ramai mahu pulang ke kampung sendiri untuk meraikan hari raya setiap tahun. -Gambar hiasan
“Saya ni pentingkan diri ke kalau setiap tahun beraya dekat kampung sendiri je. Sebab famili suami memang jenis tak sambut hari raya.
“Jadi saya tak nak anak terbiasa dengan keadaan tak sambut raya. Saya nak anak-anak tetap raikan hari raya macam mana mak saya ajar kami adik beradik masa kecil-kecil.
“Lagipun anak-anak sendiri memang setiap kali raya akan cakap dekat ayah mereka (suami pengadu) nak balik kampung saya. Mereka seronok dapat sambut raya dekat kampung saya,” jelas pengadu.
Wanita itu juga menjelaskan bahawa dia dan mentuanya tinggal berdekatan, malah setiap minggu mereka bertemu.
Tambahnya lagi, dia tetap meraikan malam raya di rumah mentua sebelum bertolak ke kampungnya pada pagi raya.
Namun begitu, walaupun suami dan mentua tidak kisah dengan keputusannya, masih ada pihak yang menganggapnya pentingkan diri kerana tidak memberi keutamaan kepada keluarga suami.
Kalau suami awak okay je tak ada masalah pun.
NETIZEN
“Saya dengan mentua ni duduk berdekatan je jadi setiap minggu jumpa. Rumah tak jauh. Saya balik kampung dekat Pahang pun pagi raya.
“Malam raya pun masih dekat rumah mak mentua lagi. Gerak ke Pahang dari rumah mak mentua pagi raya tu. Itu pun mereka tak ada lagi, belum balik dari berniaga.
“Itu pun ada orang cakap saya ni pentingkan diri lagi. Mereka tak faham… mak mentua saya okay je. Suami pun okay je,” katanya.
Perkongsian ini mendapat perhatian ramai dengan pelbagai respons diberikan terhadap persoalan wanita ini berasa bersalah dengan keputusan dibuat setiap tahun.
Ada yang menyokong keputusan wanita ini, namun terdapat segelintir yang berpendapat raya perlu disambut secara adil antara kedua-dua belah keluarga.
“Kalau suami awak okay je tak ada masalah pun. Jadi masalah kalau suami atau keluarga dia pula tak okay. Kalau saya, sambut ke tidak… memang amalkan sistem giliran.
“Memang kena ‘lari’ sekejap kot untuk mula-mula pagi raya tu (ke rumah mentua). Tak raya, tak ada makanan raya. Tak ada kuih raya… kalau orang datang nanti nak hidang makanan apa pula.
“Tak perlu peduli dengan orang luar, janji suami okay sebab kehidupan kita dengan suami je. Kata-kata orang luar letak dekat tapak kaki je. Itu kunci hidup bahagia,” antara komen netizen.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber:murai.my
Leave a Reply