Kontrak sebagai pengarah pemasaran agensi umrah ditamatkan, Aaron Aziz tak simpan dendam

PELAKON Datuk Aaron Aziz tidak lagi memegang jawatan sebagai pengarah pemasaran sebuah agensi umrah berkuatkuasa pada Selasa.

Agensi tersebut iaitu Persada Global Holidays menjelaskan keputusan dibuat selepas kedua-dia belah pihak berbincang secara baik sebelum mencapai kata sepakat tersebut.

“Keputusan menamatkan kontrak Aaron dibuat hasil perbincangan secara terbuka, profesional, bertimbang rasa dan budi bicara kedua-dua pihak.

Kenyataan media dibuat agensi umrah berkenaan.

“Kami mengambil kira penyusunan semula pelan strategik dan hala tuju syarikat akibat keperluan dan situasi semasa landskap industri pelancongan yang pantas berubah menyebabkan segala komitmen dijanjikan kepada Aaron tidak dapat ditunaikan.

“Pihak syarikat juga memaklumkan Aaron tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan operasi dan perjalanan syarikat,” kata agensi tersebut menerusi satu kenyatan media.

Perkara itu dikongsi Aaron menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, tidak menyimpan sebarang dendam walaupun kontraknya bersama agensi berkenaan sudah ditamatkan.

Tambah Aaron, perkara itu memberi pengajaran buatnya agar masalah sama tidak berlaku di masa hadapan.

“Bulan yang penuh barakah ini marilah kita selesaikan apa saja masalah dengan cara baik.

Tahap kesihatan Aaron terganggu sehingga bacaan darah tinggi naik mendadak.

“Tapi untuk diri saya in bukanlah pengakhiran dan saya tak ingin pun menjatuhkan mana-mana pihak.

“Saya akan terus belajar daripada dugaan ini dan kembali dengan kejayaan lebih besar,” katanya.

Sebelum ini, Aaron meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah agensi umrah dan mendakwa dirinya sudah ditipu sebanyak RM90,000.

Malah perkara itu memberi kesan kepada tahap kesihatan aktor asal Singapura itu apabila tekanan darahnya mencanak naik sehingga bacaan 179.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply