
Pelakon Eyka Farhana tampil memohon maaf kepada individu yang mendakwa dirinya bersikap sombong ketika sedang berniaga di sebuah festival baru-baru ini.
Salah faham
Menganggap individu itu hanya salah faham, Eyka memberitahu ketika itu kemungkinan dia sedang sibuk melayan pelanggan yang membeli produknya.
“Kalau fikir secara logik, saya dekat booth sedang meniaga. Mungkin individu tu salah faham atau saya terlepas pandang sebab ramai sangat orang.
“Mungkin masa dia nak ambil gambar saya utamakan kepada mereka yang nak membeli dulu. Tapi kalau cakap saya tak layan tu, saya rasa saya layan saja dan kadang kala saya tengah makan, ada juga minta ambil gambar masa saya tengah kemas barang.
Belai rambut
Eyka turut menjawab tuduhan individu itu yang mendakwa dia hanya duduk membelai rambut ketika berada di booth tersebut.
“Saya ada baca yang dia kata saya duduk belai rambut saja. Awak tahu tak, rambut saya dah kepam duduk di situ, penat ya.. mestilah saya betulkan rambut saya.
“Mungkin saya tengah borak-borak dengan rakan saya sambil pegang rambut, saya tak terdengar orang cakap nak ambil gambar dengan saya ke sebab terlalu ramai orang lalu lalang dekat depan booth saya,” katanya.
Tidak sopan
Eyka turut berkongsi insiden dimana terdapat individu yang mahu bergambar namun cara tutur katanya tidak sopan dan ia seolah-olah telah menggores hatinya.
“Saya pun ada perasaan juga, kalau orang datang dekat booth kita dia tanya ‘boleh nak ambil gambar tak’, dia tanya dekat adik saya.
“Lepas itu adik saya pun minta individu itu rasa dulu taster kuih saya. Tapi orang tu kata ‘saya tak nak beli, nak ambil gambar saja’. Adakah itu cara tutur yang betul nak ajak bergambar? Saya rasa tak.
“Tak nak beli tak apa, tapi sekurangnya sokong rasa taster tu pun cukup dah,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: gempak
Leave a Reply