
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridzuan Ridzokumura mendakwa wang bernilai antara RM60,000 hingga RM70,000 milik arwah isterinya, Allahyarham Akiko Okumura yang meninggal dunia hujung bulan lalu, lesap.
Menerusi perkongsian ketika mengendalikan siaran langsung di TikTok, Ridzokumura mendakwa, wang berkenaan kemungkinan besar diambil oleh individu yang pernah bertandang ke rumahnya.
“Sampai hati, duit orang meninggal pun nak ambil. Bukan orang luar, tetapi orang sekeliling saya sebab yang datang pun kawan-kawan, polis, doktor, forensik dan sebagainya,” dakwa usahawan berusia 50 tahun itu.
Bagaimanapun, Ridzokumura berkata, dia tidak bermaksud untuk menuduh atau menyalahkan mana-mana pihak.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: mstar
Leave a Reply